Pages

Sunday, March 17, 2013

dunia baru



Bismillah

Selesai 5 hari Program Transformasi Minda(PTM), 3 hari orientasi..ana kini melangkah ke alam klinikal..ana perlu tagging selama 14 hari.Kemudian barulah ana dipertanggungjawabkan sepenuhnya sebagai houseman.
Hari pertama melangkah masuk dunia baru,dunia pekerjaan.Ana betulkan niat.kot2 nak kerja sebab menanti gaji di hujung bulan ke..nauzubillah..

'Awak perlu prepare MENTALLy & PHYSICALLY!!', pesan seorang teman yang baru sahaja selesai tagging.
'Then, tak perlu study dulu ke?',tanya ana.
'Yang tu kemudian.Sebab even yang smart pun cant go on kalau dia tak prepare mentally n physically.'pesan teman ana itu.

Alhamdulilah malam sebelum ana start kerja, kawan baik ana teman ana untuk bagi support.
Keesokan pagi,ana bangun awal, sempat ana kerjakan tahajud sebelum solat subuh.Memohon supaya dipermudahkan segala urusan.Betapa gabraanya masa tu,hanya Allah yang tahu.Agaknya, kalau turun berperang, perasaan dia macam ni jugak kot...ish ish.


Sampai sahaja di pintu ward,ana tegur seorang ukhti.
'Minta maaf, boleh tahu dimana ketua ho? Saya new poster,new tagger nak melaporkan diri',ana perkenalkan diri.
'Oh ye ke? Kejap yeh, saya panggil',balas ukhti tersebut.

Kemudian ana di attach kan pada ukhti tersebut.Alhamdulillah.Semua berjalan lancar.Ana diajar beberapa procedure untuk isi borang patient, dan beberapa skill yang lain.Kemudian ana disuruh clerk patient.Susah jugak, sebab rasa macam dah berkarat, nak tulis pulak tak ikut urutan.Masih confused.
Beberapa hari berlalu, dan ana mula berkenalan dengan doktor senior ho yang lain.Alhamdulillah semuanya mesra dan sentiasa supportive.Bila ana tak faham apa-apa, atau kelam kabut sebab ada specialist, diorang terus tolong.Alhamdulillah.

Dengan nurse dan staffness pula, ana ambil masa untuk berkenalan.Sebab diorang sangat ramai dan banyak shift.Jadi ana cuma bertegur sapa dan banyakkan tersenyum.Mereka ni lebih banyak experience dan banyak urusan perlukan bantuan mereka.ALhamdulillah,everything went on well.

Ana sentiasa bayangkan bila start ho ana akan dimarah dengan teruk,ditengking, dan disisihkan oleh semua.Tapi sebaliknya yang berlaku, semua dokter dan nurse dalam ward ni nampak rapat seperti keluarga.Jadi, ana rasa sangat beruntung.Ana tak ada alasan kenapa tidak buat yang terbaik.
Tapi adalah jugak kena marah dengan specialist.Yang tu memang salah ana.Tapi kita kena reverse psychology,mereka marah kerana mereka kisah.Kan?

Kesimpulannya, ana rasa manusia ni hati mereka sentiasa dalam genggaman Allah.Bila-bila masa sahaja Allah boleh mencampakkan perasaan cinta, dan bila-bila masapun Allah boleh tariknya kembali.Jadi, why not kita berdoa je kepada Allah supaya dicampakkan perasaan kasih sayang sesama kita selalu, supaya tiada perasaan marah, benci,tidak puas hati dll. Semoga Allah sentiasa menguatkan kita, kerana kekuatan itu hanyalah daripada Allah.wa
Quran 53;43
'Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis'.





Thursday, September 27, 2012

Semagat!



Kita mendengar kisah cita-cita agung yang diterjemah ke dunia nyata:

Muhammad al-Fatih: Merealisasi hadis Nabawi akan Constantinople 
Salahuddin al-Ayubi: Membebaskan Jerusalem
Musa bin Nusair: bercita-cita Eropah menjadi Benua Islam 
Muawwiyah Abu Sufian: Menjadikan Laut Mediteranean sbg Selat Islam 


Itu mereka. Kita sendiri mencipta sejarah untuk diri kita. Kenapa kita harus tunduk kepada urusan yang remeh demi sebuah cita-cita yang agung?
“Sesungguhnya, sebuah fikrah akan meraih kejayaan apabila keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada persiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya asas keimanan adalah hati yang cerdas, asas keikhlasan adalah nurani yang jernih, asas semangat adalah perasaan yang menggelora, dan asas amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.” (Hasan al-Banna, Risalah buat Pemuda)

Ana share drpd petikan di dinding FB

Thursday, March 1, 2012

Orang beragama?



Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa tujuan berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan."Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.Benar sekali, pilihlah yang beragama."Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
PENYAKIT "TIDAK JELAS"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal mahu yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan mampu dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
HANYA 'BERAGAMA'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri.
Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Dipetik daripada laman iluvislam

Sunday, February 12, 2012

Change Blindness


Jika diimbas semula video diatas pastilah semua penonton dapat meneka bahawa terdapat sesuatu yang berbeza.Namun, video diatas hanyalah pengenalan bagi apa yang ana ingin kongsikan bersama disini.

Apakah hikmah disebalik video ini yang dapat kita ambil?
Pertama, kadangkala kita terlalu sibuk dengan cita-cita dan urusan dunia kita sehingga kita terlepas pandang bahawa musuh sedang menyelinap masuk.Bagaimana musuh dapat masuk? Adakah ianya mustahil?
TIDAK, bahkan perkara itu telahpun terjadi.

Biarpun negara telah lama mencapai status kemerdekaan,hakikatnya, kita masih lagi dijajah.Sistem pendidikan, bahasa, sistem perundangan kita, kebanyakannya diadaptasi daripada pihak penjajah. Bukankah Islam itu adalah sebaik-baik agama.Islam itu sendiri melingkupi keseluruhan sisitem kehidupan kita.Jika benar pihak penjajah itu lebih maju berbanding kita, mengapakah akhlak mereka semakin runtuh?
Sama-sama kita fikirkan apakah benar langkah-langkah kita yang terlalu mengagungkan pihak penjajah?

Sekian.


Wednesday, February 8, 2012

Allah itu dekat,tabahlah



Kadang-kadang kita merasakan ujian Tuhan itu sungguh tidak adil kerana orang lain tidak diuji seperti kita.
Namun percaya lah, terdapat hikmah tersembunyi disebalik ujian itu.
Mungkin bukan pelangi yang kita dapatkan, namun emas yang kita miliki..
terdapat hikmah yang Allah berikan bagi hamba-hambaNya yang berfikir.

Hidup mesti diteruskan, masih banyak checkpoint dihadapan yang perlu kita lepasi.
Anggaplah kegagalan kali ini juga merupakan salah satu checkpoint yang perlu kita lepasi..
kerana disisi Allah,kegagalan diikuti kebangkitan adalah kejayaan..seperti bangkitnya Bani Uthmaniyyah selepas kejatuhan Bani Abbasiyyah.
manakala kegagalan disusuli putus asa adalah..

Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87
 Kuatkan jiwa kita dengan sering bertemankan Allah.

Sedikit perkongisan bersama akhi Adzim Shaari


Ya, Allah itu amat dekat dengan kita. Cuma sedar atau tak sedar sahaja oleh kita.
Seringkali kita mengeluh apabila kita ditimpa dengan ujian dalam kehidupan kita. Diri kita seakan-akan tidak mampu untuk menanggungnya. Tapi, pernahkah minda kita terfikir kenapa ya, kita terpilih untuk menggalas beban tersebut? Pernah tak dalam benak kita yang sebenarnya bebanan diberikan ke atas kita, kita boleh selesaikan? Saya pasti ramai di kalangan kita tidak terfikir ke arah itu. Namun, Allah s.w.t itu sayang akan kita. Jom hayati ayat ini:
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)
Ya, Allah itu tidak akan membebani hamba-hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul oleh kita.
Segala apa yang diberikan Allah kepada kita, hanyalah bebanan yang kita mampu pikul. Tapi, ada juga di kalangan kita merintih kerana tidak mampu untuk memikulnya. Oleh itu, Allah mengajar kita berdoa kepadaNya, mengadu kepadaNya, menyungkur kan diri di atas tikar sejadah… :


Allah Maha Mendengar

“…(Mereka berdoa);’Ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami salah. Ya tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, jangan engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir.” (Al-Baqarah: 286)
Semua ini menunjukkan kepada kita bahawa Allah itu dekat. Hanya kita, sama ada kita mahu mendekati Allah mahupun tidak. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Tiada masalah tanpa penyelesaian. Anda harus berdiri sebagai sosok yang mencintai Islam sepenuhnya. Tidak lagi sekadar tepian sahaja, tetapi seluruh lautan Islam itu kita renangi. Faham, Ikhlas dan Amal. Demikian hidup kita sebagai Muslim di muka bumi ini.
Sekiranya kita faham tabiat kehidupan ini, pasti kita akan menanam sabar dalam menempuh setiap dugaan. Manakala keihklasan hati akan menjamin ketekalan hati kita atas jalan Islam itu sendiri dan amal akan melahirkan buah nan indah dari kefahaman dan keikhlasan dalam kehidupan seorang Muslim.
Lihatlah firman Allah di bawah yang menunjukkan kepada kita bahawa Allah itu amat dekat ketika kita dalam kesusahan:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapeteka dan kesengsaran, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya;’Bilakah pertolongan Allah akan tiba?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)



Pening memikirkan masalah? Ingat, Allah itu dekat.
Rasul dan para sahabat juga tidak terelak dengan ujian daripada Allah. Kenapa? Kerana Allah mahu semua hambaNya akui bahawa tiada siapa yang mampu menyelesaikan ujian itu melainkan dengan bantuan Allah. Bahkan, orang bukan Islam juga memohon pertolongan “tuhan” mereka dalam menempuh ujian mereka. Hal ini kerana kuasa seorang hamba tidak mungkin akan mengatasi Penciptanya. Sama sekali tidak!
Ayuh, saudara! Ketahuilah Allah itu amat dekat dengan kita…



Sunday, February 5, 2012

Cerpen:Padanya ada Segala


Sabar Dan Pemurah
Bunyi loceng yang bertalu-talu buat saya terjaga dari tidur. Dengan longlai saya melangkah ke pintu.
�Min?� soal saya.
�Cepatlah orang penat ni!� Terdengar satu suara yang cukup saya kenali. Lantas pintu saya buka.
�Tak boleh sabar langsung. Tak teladani Rasulullah langsung,� usik saya.
�Lin penatlah, kak. Sana sini lembap. Benci betul. Masuk bilik dulu.�
Gedegang! Pintu bilik dihempas. Masam betul muka. Mesti ada yang tak kena.
�Akak dah masak. Kalau nak makan, makanlah!� jerit saya.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka semula. Tersembul wajah Lin sambil tersenyum simpul.
�Jom makan, kak!�
�Eh.. Lapar ke sebab tu marah-marah?�
�Takdelah. Lin bengang dengan orang kat Gad tu. Mentang-mentanglah kita foreigner, tak cantik, tak layan langsung. Lepas tu ada makcik mintak sedekah tu, paksa-paksa orang pulak. Suka hatilah orang nak bagi tak,� bebel Lin panjang.
�Tak elok marah-marah. Muka pun macam singa dah. Tak cun langsung. Kalau laki tengok dah lama kena cerai. Lin ingat tak kisah Rasulullah dengan arab Badwi tu?�
�Entahlah, kak. Lupa!�
�Suatu hari tu, ketika Rasulullah berjalan bersama sahabat, ada sehelai selimut yang kasar tepinya di badan Baginda SAW. Selimut tersebut dapat dicapai oleh seorang Badwi lalu dia menariknya dengan kuat sampai meninggalkan kesan dekat leher Baginda, and then Badwi tu mintak Rasulullah bagi untuknya daripada harta Allah yang ada pada Baginda. Kalau Lin,apa reaksi Lin?�
�Mestilah bengang. Dahlah nak mintak barang orang. Main kasar pulak.�
�Itulah. Tapi Rasulullah lain, Rasulullah berpaling pada Badwi tu dan senyum. Lantas Baginda perintahkan orang Badwi tu diberi sesuatu. Muliakan akhlak Rasulullah!�
�Betul. Tapi kitakan manusia biasa je. Mana boleh comparekan kita ngn Rasulullah. Jomlah makan, Lin dah lapar.�
�Memanglah kita tak layak untuk dicomparekan ngan Baginda. Tapi kita perlu cuba untuk jadi sehebat baginda. Jom makan. Lin bacakan doa. Jangan gelojoh sangat. Pelan-pelan! Akak tahu Lin lapar.�
Gadis itu menurut patuh. Kami makan dalam senyap.
�Akak, hari ni biar Lin lah yang basuh pinggan. Akak mesti penat. Esok nak examkan, pergilah study.�
�Bagus, bagus.. Lin mamnu� juga kan. Nanti masuk bilik akak, kita baca ma�thurat sama-sama.�
�Baik.�
Idola, Tawadhu�
Selesai saja mathurat dibaca, Lin berlalu ke biliknya. Saya mengambil Quran. Cuba mengulang hafal surah-surah, risau kalau tak diulang selalu, saya akan lupa. Selesai membaca al-Quran, saya menyambung mengulangkaji.
Lama saya tenggelam dalam pelajaran. Tak sedar masa berlalu. Terasa lenguh-lenguh badan. Nescafe saya teguk. Terasa mahu menjenguk Lin.
Pintu biliknya saya ketuk. Salam diberi.
�Waalaikumussalam. Masuklah, kak. Alahai sopannya, ketuk pintu pulak.�
�Apa salahnya. Sama-sama dapat pahala. Tengah buat apa?�
�Tengok ni, kak. Artis baru, Yuna. Cantik, pakai tudung. Suara pun best. Bolehlah buat idola,� ceritanya beriya.
�Oo.. Cantik. Tapi akak rasa Lin perlu cari orang lainlah buat idola.�
�Contohnya?�
�Rasululullah SAW,� jawab saya lancar.
�Alah, akak. Lin bukannya tak nak. Tapi tengoklah Lin macam mana. Jauh lagi tu nak capai akhlak Baginda.�
�Usahalah dulu! Akak pun bukannya perfect. Malulah kita mengaku umatnya, sedangkan tak mahu berakhlak seperti akhlak Baginda. Sedangkan barat pun mengagungkannya akhlaknya. Artis tu tawadhu� ke? Sentisa bercakap benar ke? Sabar ke?�
�Entahla, kak. Tak kenal pun lagi.�
�Ha.. Rasulullah dah cukup lengkap. Allah pun berfirman dalam surah al-Qalam, ayat 4. Dan bahawasanya Engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia. Tak cukup lagi ke?�
�Kalau nak famous?�
�Rasulullah dah wafat berapa tahun, dik? Pernahkah sehari berlalu tanpa ada cerita tentang Baginda diungkit. Who is the most influential person in history? Rasulullah jugakkan.�
�Betullah, kak. Nanti Lin nak tukar sumber inspirasilah. Mahu jadi sehebat Baginda. Dah habis study ke kacau orang ni?� ujar Lin sambil tersenyum.
�Itu tandanya mahu menghalau ke?� gurau saya.
�Lin dah ngantuk. Esok kelas pukul 8.�
�Ok. Tidurlah. Kejut akak awal sikit kalau bangun. Nak mandi wajib. Boleh qiam sekali.�
�Insya Allah. Rajinnya qiam. Dah habis revise semua dah? Lin kalau musim examkan, buat yang wajib pun, alhamdulillah.�
�Masa kita pun milikNya, Lin. Ilmu pun milikNya. Kalau tamak dengan masa dan Dia tak bagi ilmu tu, kita tak boleh nak salahkanNya kan. Lagipun, hari-hari pun kita buat dosa. Ajal pun tak tau bila. Kalau Rasullullah sampai bengkak-bengkak kaki sebab qiam sedangkan Baginda insan yang dijanjikan syurga. Kita patutnya lagi perlu beribadah lebih dari itu. Tawadhu� kan Baginda. Lagi bersyukur. Kalau Lin, cikgu cakap awak kalau tak boleh jawab pun takpe, cikgu bagi awak markah penuh, camne?�
�Beraya sakanlah Lin, kak. Mahunya tidur, bangun and makan je.�
�Tulah bezanya kita dengan Baginda. Tidurlah Lin. Jangan lupa kejut akak. Misscall pun takpe. Baca doa tidur tu. Assalamualaikum.�
�Waalaikumussalam.�
Kasih Sayang
Pukul 4 pagi handset saya berbunyi. Lantas saya bangun. Lantas message saya taip,
- Tq. Akak bangun. Jzkk -
Mengantuk betul rasanya. Terasa mata mahu ditutup lagi. Telefon saya berbunyi lagi.
-Lin dah mandi wajib jugak. Akak jangan tipu Lin.he2. Bukak pintu. Nak suruh orang kejut, tapi kunci pintu pulak.-
Saya senyum. Lantas turun dari katil. Lin yang saya kenal memang cukup lembut hatinya, tapi cukup manja. Perlu diberi nasihat selalu. Perlu dibimbing dan diperhatikan. Pintu saya buka.
�Akak, Lin nak solat sama-sama boleh?�
�Ok. Tapi akak nak mandi dulu. Ambil masa sikit. Bacalah Quran dulu.�
Solat jemaah kami berlalu tenang. Damai sungguh di hati saya.
�Lin baca doa,�pinta saya.
�Tak naklah. Doa akak mustajab sikit.�
�Ada-ada je jawapannya.�
Doa saya panjatkan khusyuk. Perlahan Lin mengaminkan. Sampai saya berdoa agar Allah ampunkan dosa ibu bapa kami. Terdengar esakan Lin. Saya meneruskan doa.
�Amin..�
Saya pusing mengadap Lin. Gadis itu hanya tunduk. Dikuis-kuisnya sejadah dengan pandangan kosong. Air mata masih bertakung.
�Hmm.. Taknak share apa-apa dengan akak?�
Lin geleng. Saya senyum.
�Ada 5 minit lagi nak masuk subuh. Jangan tidur pulak.�
Lin senyum tawar. Saya hanya membisu. Tak mahu memaksa Lin bercerita. Dalam hati, saya cuba berzikir.
Azan subuh berbunyi. Lin bangun ke bilik air. Memperbaharui wudhuk barangkali. Tapi Lin memgambil masa yang cukup lama saya kira. Lantas pintu bilik air saya ketuk.
�Lin okay ke? Jangan berlama-lama sangat dalam toilet tu. Tempat syaitan.�
Pintu bilik air dibuka. Lin senyum tawar lagi.
�Jom solat, kak.�
Seperti biasa, saya menjadi imam. Kata Lin, dia belum layak. Hati saya sesak dengan rasa ingin tahu. Tapi saya pendamkan, tidak mahu memaksa.
Seusai solat, Lin peluk saya erat.
�Kenapa ni? Tiba-tiba emotional,� tanya saya.
�Akak sayang Lin?� tanyanya sayu.
Saya tergamam. Tak sangka akan diajukan soalan sebegitu.
�Mestilah sayang,� jawab saya ringkas.
�Sebab?�
�Sebab Lin adik yang baik.�
�Tapi akak pun akan tinggalkan Lin jugakkan. Macam mak ayah Lin.�
Terdiam saya seketika, tak tahu apakah respon terbaik yang patut saya berikan.
�Lin sayang akak kerana apa?�
�Sebab akak baik,� jawabnya sambil tersenyum.
�Akak sayang Lin Lillahi Taala. Lin rindu mak ayah Lin ke?�
Mengalir lagi air mata gadis itu. Lantas dia mengangguk lemah.
�Akak, kadang-kadang Lin rasa sempit sangat. Macam takde orang dah sayangkan Lin. Lin anak yatim piatu. Rasa macam tempat berpaut tu dah takde,� ujarnya lirih.
�Lin tahukan orang yang sayangkan kita tak pernah mati. Dia sentiasa di sini. In our heart.�
Tangis Lin makin kuat.
�Lin beruntung. Lin ada contoh yang baik untuk diikuti.�
�Siapa?�
�Rasulullah SAW.�
�Sebab?�
�Rasulullah pun anak yatim piatu. Malah Rasulullah yatim ketika usianya lagi muda. Tapi Rasulullah tak pernah rasa lemah. Malah Baginda berdikari, mengembala kambing, berniaga.. Dan akhirnya Baginda jadi lelaki paling hebat dalam sejarah dunia. Jadi kesayangan seluruh dunia.�
�Tapi kak, Rasulullah lain, semua orang sayangkan dia.�
�Rasulullah pun sayang kita. Sampai ke akhir hayatnya pun Rasululllah masih menyebut Ummati.. Ummati..�
Telepon bimbit Lin berbunyi. Lantas Lin bangun dan keluar dengan wajah berseri-seri.
�Siapa?�
�Kakak tanya khabar.�
�Ha.. Tengok. Ramai je orang sayangkan Lin. There will be someone who always remember you everyday. Percayalah!�
�Yelah kak. Gi study! Jangan layan sangat Lin ni. Good luck ye, kak. Takut tak sempat nak wish. Lin nak tidur balik.�
�Tidurlah lepas subuh ni. Tertutup pintu rezeki nanti.�
�Baik boss.�
Kebersihan, Malu, Martabat Wanita
Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi. Akhirnya tamat juga exam final semester untuk tahun 3 ini. Banyak rancangan dirangka. Pada Allah saya bertawakkal sepenuh hati. Saya dah usahakan yang terbaik. Biarlah Allah yang menentukan. Bukankah Allah suka hamba-hambaNya yang bertawakkal?
Saya cukup sibuk. Sehingga saya jarang pulang ke rumah. Namun tidak saya lupakan bertanya khabar Lin, satu-satunya housemate saya. Alhamdulillah dia cukup memahami. Tapi hari ini saya rasa mahu menjenguk Lin di rumah.
�Assalamualaikum.�
�Waalaikumussalam. Eh, akak. Senyap-senyap je masuk rumah.�
�Akak bawak kunci. Apasal sepah sangat ni?�
�Ala, kak. Banyak sangatlah assignment. Tak sempat nak kemas,� jawabnya manja.
�Kebersihan tu kan separuh dari iman. Rasulullah tak suka tau sepah-sepah ni. Tak segan ke kalau tiba-tiba Rasulullah datang?�
�Akak ni suka buat orang takut. Yelah, kejap lagi Lin kemas. Akak masak sarapan ek. Lama tak makan akak masak.�
�Akak seriuslah. Rasulullah sampai Baginda nak wafat pun Baginda minta Aisyah beruskan gigi Baginda dengan kayu siwak tau. Okay, pagi ni akak masak. Lin kemas depan ni.� jawab saya. Terdetik rasa takut dengan hak yang tidak tertunai terhadap housemate saya ini.
Saya memasak sarapan pagi untuk kami berdua. Selesai makan, Lin bersiap untuk ke kelas. Saya membuka laptop. Terasa ingin menitipkan email untuk family.
�Akak,� terdengar jeritan Lin sambil pintu bilik saya dikuak.
�Cantik tak baju ni?� tanyanya sambil baju barunya ditayang persis seorang model. Saya senyum.�
�Cantik.. Tapi..�
�Tapi ape kak? Lin nampak gemuk ke?�
�Takdelah. Akak rasa baju ni macam seksi sikitlah. Warna dia pun macam menyerlah sangat. Ni kalau jumpa Rasulullah tengah jalan nanti tak malu ke?�
�Akak ni. Tapi Lin pun rasa macam tu. Membazirlah kalau Lin tak pakai. Baju ni pun baru je beli. Membazir tu kan sifat syaitan.�
�Pandai ek menjawab. Tengok syaitan dah cucuk. Sebaik hiasan dunia kan wanita solehah. Wanita juga fitnah dunia yang besar. Lin nak jadi salah seorang wanita yang menyesatkan lelaki di sana ke?�
�Mestilah taknak, kak. Nauzubillahi min zalik. Tapi lin malulah. Asyik pakai baju kurung je. Macam kuno pulak.�
Saya senyum. Itu ayat biasa yang keluar dari remaja sekarang.
�Malu biarlah bertempat Lin. Rasulullah pun pemalu jugak. Bahkan pemalunya Baginda mengalahkan anak dara. Malu tu pun satu cabang dari cabang iman. Malu itu dengan kita jaga kepala dan pancaindera, jaga perut dan anggota, ingat mati, jasad yang hancur dan tinggalkan perhiasan dunia. Itulah baru dinamakan malu. Lin tak rasa bangga ke jadi wanita muslimah?�
�Mestilah bangga, kak.�
�So.. Buktikan! Islam datang bawa sinar baru pada wanita. Wanita yang dulunya ditindas dikembalikan haknya. Bahkan maruah wanita dijunjung. Sehingga khutbah terakhirnya, Rasulullah bersabda.. Wahai, saudara-saudaraku, benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu,. Tetapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu, maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan. Hebatkan wanita di sisi Islam,� syarah saya panjang.
�Kalau Lin tak hargai pengiktirafan Islam pada wanita, samalah seperti Lin derhaka pada Allah ye kak? Pada Nabi..?�
�Betul tu. Pergilah siap. Nanti lambat pulak. Akak nak gi kelas sirah petang ni. Kalau Lin nak ikut, boleh jugak.�
�Nak. Akak tunggu eh. Lin balik dalam pukul dua.�
�Okay. InsyaAllah�
Cinta Yang Hadir
Gembira betul saya ke kelas tafaquh bersama Lin. Saya tengok gadis itu khusyuk mendengar. Lin hanya senyap sepanjang perjalanan pulang. Kepenatan mungkin. Saya pun tak mahu menganggu.
Malamnya saya meneruskan rutin harian biasa. Esok kelas saya bermula semula. Perlu menyusun jadual seteliti mungkin. Tiba-tiba handset saya berbunyi.
�1 message received.�
-Akak mcm bz je. Lin tak berani nak kacau. Akak, Lin rasa Lin dah jatuh cinta.-
Terasa luruh jantung saya. Lin tak pernah bercerita tentang teman lelaki apalagi menunjukkan minat pada mana-mana lelaki. Saya berhenti membuat kerja. Beristighfar di dalam hati. Saya seorang da�ie. Dan saya rasa saya perlu kuat. Langkah saya atur tenang ke bilik Lin.
�Assalamualaikum�
�Waalaikumussalam�
Lin sudah berkelubung di bawah selimut. Saya tengok matanya merah.
�Maaf Lin,akak busy sikit tadi. Kata jatuh cinta, apasal nangis?� tanya saya cuba berhemah.
Lin bangun, tersenyum lemah.
�Dia terlalu baik, kak. Saya rasa saya tak layak untuk bertemu dia pun.�
Saya panik. Cinta internetkah ini?
�Mana Lin tahu dia baik kalau Lin tak pernah jumpa?�
�Semua orang cakap dia baik, kak. Akhlak dia, tutur kata dia, pakaian dia, ibadat dia. Akak pun cakap macam tu.�
Saya tergamam.
�Akak kenal dia? Siapa dia ni, Lin?�
�Akak tak boleh teka ke?�
�Manalah akak mampu baca hati orang, dik.�
�Dia kekasih Allah, kak. Insan yang namanya bersemadi di naluri ramai orang hingga kini.�
Kali ini air mata saya menitis.
�Maksud Lin, Nabi Muhamad SAW?�
Lin mengangguk. Air mata saya turut mengalir sama. Alhamdulillah, Allah campakkan rasa kasih pada hambaNya yang cukup dhaif ini.
�Lin mahu sangat berjumpa Rasulullah, kak. Tapi Lin tahu, Lin tak layak. Lin bukannya orang yang soleh. Hamba yang patuh dan beriman. Darjat kami sangat berbeza, kak.�
�Lin, akak pun kadang-kadang rasa sempit bila fikir semua benda ni. Tapi akak yakin dengan janji Allah. Bukankah Allah berjanji kita akan bersama dengan orang yang kita cintai? Rasulullah sebenarnya dah lama rindukan kita sebelum kita rindukan Baginda.�
�Maksud akak?�
�Akak teringat satu kisah ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wada�. Baginda menangis.
Sahabat pun bertanya: �Kenapa kamu menangis, wahai Rasulullah?�
Baginda menjawab: �Aku merindui saudaraku.�
Sahabat bertanya: �Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?�
Baginda menjawab: �Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku. Saudaraku ialah mereka yang datang selepasku, beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku. Aku merindui mereka. Kerana itulah aku menangis�.
�Betapa rindunya Rasulullah pada kita.. Dan ketika Rasulullah hampir wafat, Rasulullah melihat kegelisahan di wajah sahabat. Lantas Baginda bersabda, �Wahai sahabatku, sesungguhnya janji kamu bersama aku bukanlah di dunia tetapi di telaga Kauthar. Demi Allah, aku seperti dapat melihatnya.�
Pecah lagi tangisan gadis itu. Dan malam itu, lirih dia meminta tidur di bilik saya. Malamnya Lin bangun qiamullail. Tersentuh hati saya mendengar esak tangisnya. Betapa indahnya rasa cinta yang merubah dirinya. Moga-moga rasa cinta itu terus kekal. Rasa cinta yang membawa kita bertemu Tuhannya. Alhamdulillah.. Saya syukur Lillahi Taala.
Hari berlalu. Lin bertambah baik akhlaknya, ibadatnya. Cinta itu betul-betul merubahnya. Lin yang dulu gadis biasa kini menjadi luar biasa, dan saya cukup bersyukur. Alhamdulillah. Rindu pada Rasulullah tak akan pernah surut. Dan pertemuan yang abadi itu cukup saya rindui. Sering saya rasa lemah, sering rasa diri cukup hina, tapi saya tepis perasaan itu, kerana saya yakin dengan janjiNya.
Ya Allah
Sering aku mengaduh penat
Sering aku lupa untuk bertaubat
Sedangkan ampunanMu, kasihMu tagihan diri
Ya Rabbi
RahmatMu ku junjung
KasihMu ku ratapi
Tuhan
Pemilik hatiku
Lemah aku merayu
Hadirkanlah rasa cintaku pada kekasihMu, Tuhan
Tuhan
Betapa diri kerdil
Cinta yang terpaut mungkinkah berbalas?
Ya Tuhan
Kasihku tak sehebat para Sahabat
Pengorbananku untuk kekasihMu sedikit cuma
Sayang dan rinduku tak seteguh mereka
Ya Allah
Ingin aku jadi sesetia Abu Bakr
Ingin aku disayangi seperti Fatimah
Ingin aku berkorban demi kekasihMu seperti Nusaibah
Ya Tuhan
Betapa aku rindu untuk bertemu kekasihMu
Menatap wajah yang mulia itu
Ya Rabbi
Temukan aku dengan kekasihMu
Leraikanlah rindu ini
Hadirkan rasa cinta dalam diri
Yang sentiasa mekar
Tak pernah pudar
Tuhan
Hanya padaMu aku merayu
Kerana Kau pemilik hatiku.
Pemenang tempat pertama, Pertandingan Karya Sempena Maulid Ar-Rasul SAW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...