Pages

Wednesday, February 18, 2009

bisakah memaafi..

Muamalat dengan Allah senang, kerana Allah Maha Pengampun…sedangkan muamalat dgn manusia adalah susah kerana manusia mempunyai pelbagai hati.malah belum tentu manusia akan memaafi sesama manusia.

Pernah tak ada perasaan marah dgn seseorang ? Rasa marah sampai x sanggup nak pandang muka beliau?

Mungkin salah diri sendiri juga….awal-awal rasa macam nak mintak maaf , but then tiba-tiba change to perasaan nak marah.Hilang perasaan ‘seolah-olah diri ini juga mungkin tidak menunaikan haknya terhadap sahabatnya itu' Timbul perasaan seolah-olah sahabatnya tu shj yang bersalah dan diri sendiri totally innocent.(biasanya mcm ni)

'Setiap manusia itu pernah melakukan kesalahan.'


Mengapakah lebih senang untuk membenci drpd memaafi?

Rasa senang je nak simpan perasaan benci,kesumat,marah dan mcm2 kat beliau bila beliau buat kita sakit hati..sedangkan boleh je kita nak maafkan beliau secara senyap2 tanpa perlu meluahkan dimulut.Namun,hati rasa berat…rasa berat utk memaafi..dan lebih ringan untuk membenci dan memarahi.

Adakah ini adalah penyakit hati?

Ya…betul,hati yg tercemar akan lebih senang utk membenci daripada menyayangi.Wahai diri,sedarkah kau bahawa mungkin kau juga pernah sakiti hati org lain sepertimana sahabatmu itu menyakiti kau? Adakah kau fikir dengan membenci itu akan membawa kebaikan? Adakah ianya akan membuat kau lebih bahagia dan tenang?

JIka benar diri ini memang tidak bersalah, apa salahnya dihilangkan perasaan benci.Hilangkan perasaan marah.Semuanya tidak membawa apa-apa melainkan tergolong dalam senarai penyakit-penyakit hati.

Apakah kita layak untuk mendapat redha dan cinta Allah sedangkan dihati kita ada perasaan marah-marah dan kesumat? Dan adakah layak untuk kita mandapat cintaNya tatkala hati ini bersifat keruh dan masih dikotori sisa-sisa penyakit hati?

Apakah kau sangka mudah untuk punyai hati yang baik?HATI yang bebas dari penyakit. BIarpun sukar namun kau masih inginkannya bukan? Sanggupkah kau berusaha untuk berubah semata-mata kerana-Nya? Sanggupkah kau korbankan perasaan dalam dirimu demi cinta-Nya?

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Yunus [10:57]

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Aal-e-Imran [3:159]

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Aal-e-Imran [3:134]

Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. At-Taubah [9:15]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...