
Hari ni ana nak cerita sedikit tentang kaum hawa.Dicipta dengan penuh daya tarikan.Biarpun muka tidaklah segebu atau secerah salji,tapi pasti ada daya tarikannya yang tersendiri.Biarpun mustahil untuk putera raja terpaut dengannya namun pasti akan ada jejaka2 diluar sana yang akan tertarik dengannya.
Kenapa ye?
Kerana kaum hawa memang sejak azali dicipta oleh Allah cantik-cantik.Kalau tak cantik wajahnya,cantik pakaiannya,pandainya,percakapannya, dan sebaik2 baik cantik adalah cantik pada akhlaknya.
Kaum hawa adalah kaum yang paling senang untuk menimbulkan fitnah.Inilah tugas2 syaitan, yang akan berusaha utk menggoda hati2 kaum adam yg telah rosak utk memandang kaum hawa ini.Sebenarnya Allah telah kurniakan kelebihan2 ini untuk menguji adakah mampu utk hawa menjaganya sebaik mungkin?
Bukan untuk suaminya sahaja bahkan untuk umat keseluruhannya.Bahkan pernah ada satu strategi dari kaum2 kufar yg ingin rosakkan Islam; dimulakan dengan merosakkan akhlak2 kaum wanitanya terlebih dahulu.
Kaum hawalah yang paling senang menyeksa jiwa2 anak2 adam.Lihatlah zaman sekarang dimana urusan aurat kurang dititikberatkan menyebabkan senang2 je kaum2 adam mencuci mata.Malah mereka mungkin tidak ingin pun semua ini berlaku.Kerana hati mereka lemah dah senang tergoda menyebabkan senang mendapat dosa.Sekiranya kita bertimbangrasa dan memikirkan seksanya kaum adam ini cuba untuk menjaga hati2 mereka pasti kita akan lebih berhati2.
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). alImran 3;14
Syaitan akan cuba untuk berbisik di telinga2 kaum hawa supaya mendedahkan apa yang mereka miliki.Dimulakan dengan perkara2 kecil,contohnya “pakailah pakaian yang menarik..nanti xdelah orang cakap kau ni suram..pakailah gincu supaya muka kau xdelah nampak macam mayat..hari ni pakailah baju yang paling bergaya tu..baru si dia nampak kau..”etc.
Bukankah kaum hawa telah diciptan mulia dan tinggi martabatnya..mengapa harus direndahkan lagi?
Mungkin kita akan cuba mempertahankan pendirian kita dengan mengatakan “ala..takde ape2nye..” tapi kita kena ingat,syaitan tu sangat licik.Perbetulkan kembali niat kita setiap kali kita kemas2 kan diri.Jangan sampai bisikan syaitan mampu menyebabkan maruah diri kita jatuh tanpa kita sedari.
Ingat,kaum hawa semuanya sama,baik yang bertudung labuh mahupun yang bertudung singkat..semuanya mampu menimbulkan fitnah dengan mudah.
Muhasabah balik diri sendiri : ‘selama ini adakah aku telah mempergunakn nikmat kecantikan yang telah Allah berikan kepadaku sebaik2nya atau ke arah yang salah?’

Untuk nasihat,tanyalah pendapat kawan2 yang alert tentang urusan aurat.
Ikan yang sudah dimasak sedap-sedap mestilah disimpan dibawah salji dengan baik.Ditutup dari kepala hingga ke ekor.Dikhuatiri jikalau saljinya kecil sangat nanti ada bahagian ikan tersebut yang akan dihinggapi lalat.Maka dibelilah salji yang betul-betul besar dan sesuai untuk tutup ikan tersebut.
Begitu jugalah dengan kaum hawa,kenapa kita mesti betul-betul jaga diri kita? Kerana diluar sana terdapat terlalu banyak lalat-lalat yang berkeliaran.Bila dihinggap,macam-macam penyakit pula yang dibawa.
minta maaf andai terkasar bahasa..
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment