Pages

Thursday, May 28, 2009

Malas eden...x(

majlis pelancaran truancy 0%



"kita xde masa pun untuk berfikir kenapa kita selalu malas-malas"..

ya..itulah pesan sahabatku apabila ana bertanya kenapa sering berasa malas untuk study.

kebelakanganini,masa lebih banyak masa ana dihabiskan untuk melelapkan mata.

sedangkan 3 hari akan datang,akan berlangsungnya exam midterm.

sekali lagi,ana sering menyeru diri ana supaya jangan dilayan perasaan malas-malas ini.

semua itu adalah nafsu.jika kita gagal melwan nafsu kita,maka tidak ada bezanya antara kita dan haiwan.tapi seandainya kita menggunakan akal kita,insyaAllah,kita akan dapat melawannya.
  • Setiap insan dikurniakan keupayaan untuk melawan nafsunya.
  • Every person will be responsible for his or her own action..
  • Setiap insan akan dipersoalkan kembali kemana dihabiskan masa mudanya..
Sekiranya kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita inginkan,pasti tidak akan ada kekesalan didalam diri kita di kemudian hari.Bahkan kita telah menyediakan diri kita untuk berhadapan dengan hujah-hujah yang kukuh dihadapanNya kelak.

Namun,sekiranya diri masih dikuasai perasaan malas-malas, terlalu memanjakan diri, kelak kita akan mendapati terdapat perasaan yang mengherdik diri sendiri kerana gagal melawan perasaan malas tersebut.

Orang yang berjaya adalah orang yang telah berjaya menguasai dirinya sepenuhnya.Melatih dirinya untuk berdisiplin,konsisten dan mempunyai matlamat yang jelas dan semangat yang tinggi.

Tidak ada perkara didunia ini yang dapat diperolehi dengan mudah melainkan dengan berkat kesungguhan dan kesabaran dalam menghadapinya. Begitu juga dengan diri sendiri, cuba bersabar dan isitiqamah setiap kali jiwa meronta-ronta untuk kembali bersikap malas.

Atasinya dengan sentiasa meneliti semangat-semangat dari sahabat di sekeliling. Membaca artikel-artikel yang dapat meningkatkan semangat.Menonton video yang dapat menanamkan perasaan untuk bersungguh-sungguh.Contohnya,ana selalu menonton video saudara-saudara palestin.

Ya,kita sedang hidup didalam zon keselesaan.Ini menyebabkan kita menjadi lalai dan tidak mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan yakni nikmat kesihatan dan masa lapang.

Namun cuba perhatikan saudara kita di palestin yang hidup di dalam serba kekurangan.Saudara-saudara mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan berusaha bersungguh-sungguh. Dan kebanyakannya telah menjadi pelajar-pelajar terbaik.Biarpun ditawarkan gaji yang tinggi,mereka akan pulang semula ke tanah air mereka dengan membawa bekalan ilmu ini untuk disampaikan dan digunakan untuk membantu bangsa-bangsanya.

Ya! Semangat inilah yang kita perlukan dikalangan remaja-remaja muda kita.



"kita xde masa pun untuk berfikir kenapa kita selalu malas-malas"..

disini maksudnya adalah remaja zaman sekarang amat diperlukan umat untuk memanteras musuh-musuh.Bagaimana kita ingin mengalahkan musuh seandainya diri sendiri masih lagi dibelenggu oleh sifat jahil?

Menurut satu hadith riwayat At-Tirmidzi yang mana Rasulullah menegaskan,
"Tidak akan lepas dua kaki anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT, kecuali setelah ditanya lima perkara: Tentang umurnya di mana dihabiskan, tentang kepermudaanmdan kepemudiannya di mana digunakan, tentang hartanya dari mana datang dan ke mana ia dibelanjakannya dan apakah yang dilakukan dengan ilmunya"



pss..x ssempat nak sambung..nanti ek..sorry

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...