Alhamdulillah baru-baru ini ana ada baca buku Nur dan disini sama-sama ana ingin berkongsi pendapat Ustaz Zahazan mengenai jenayah yg sering berlaku ke atas wanita.Menurutnya,salah satu puncanya adalah hiburan.
Menurut Ustaz Zahazan Mohamed,punca paling utama manusia semakin jauh daripada Tuhan dan melakukan perbuatan2 yg tidak sepatutunya adalah kerana mereka terlalu diraikan dengan hiburan yg melampau.
Ini menyebabkan mereka semakin lupa dan hati menjadi buta dan seterusnya menjadi manusia yg tidak prihatin.Orientasi ini berlaku lebih kurang satu dekad.Kita terlalu dihidangkan dengan hiburan.
"Benih-benih ini telah ditanam lebih kurang 10-15 tahun yg lalu.Masyarakat terlalu dihidangkan dengan hiburan sehinggakan aspek pendidikan kurang diberi penekanan.Inilah natijah daripada kesilapan itu,"katanya.
Zahazan berkata,iman itu umpama pokok.Kalau tidak dibajai,lama-kelamaan ia akan hilang dan kesan yg lebih buruk lagi adalah adab dalam diri juga akan terhakis.
Keperibadian manusia dibentuk melalui apa yg didengar,lihat dan sentuh.Ini kemudiannya akan memberi kesan kpd cara berfikir.Sekiranya setiap hari manusia dihidang kan dengan hiburan,jiwa mereka akan dipenuhi dengan elemen itu dan keperluan roh terabai.
Oleh kerana keperluan roh tidak dipenuhi, jadi pembentukan peribadi tidak seimbang.
No comments:
Post a Comment