Pages

Thursday, March 4, 2010

ujian kecil













alhamdulillah..

hari ini tamat OSCE..ujian kecil didunia
ujian untuk menguji sejauh mana ilmu perubatan dapat diterbitkan keatas pesakit.

kebetulan hari ini kawan ana mendapat nasihat dari adiknya.
dan dikongsinya nasihat tersebut dengan ana.
jadi ana pun ingin kongsinya di ruang blog ini.

bayangkan jika anda ingin bermusafir ke suatu tempat yang jauh lagi terpencil.
anda tidak pernah melawat tempat itu..
dan anda tidak punyai apa-apa pengetahuan tentangnya
namun, pabila ada seorang sahabat yang hebat lagi luarbiasa menemani anda
anda akan merasa lega..beban terasa ringan
kerana anda punyai seseorang sebagai tempat bergantung.

samalah kisahnya apabila anda ingin menduduki ujian
anda tidak tahu soalan apa yang bakal ditanya
anda tidak tahu pesakit bagaimana yang akan dirawat oleh anda
tetapi bila anda tahu ada seseorang menemani anda
yang sentiasa ada bersama anda biarpun anda tidak melihatnya
anda berasa beban anda berkurangan
Dia lah Allah
Yang sentiasa menemani anda..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...