Pages

Monday, April 26, 2010

Cuti Summer

 Semakin hari semakin sibuk.Jadual semakin padat dan badan seringkali merasa penat dan letih.
Sebagai seorang pelajar medik, mustahil bagi ana untuk meninggalkan caffein.

Hari-hari yang dilalui diredah dengan menanam azam baru.Ini penting agar hari tersebut tidaklah sia-sia.
Setelah semua pelajar sibuk-sibuk membeli tiket untuk pulang ke Malaysia, ana masih lagi mengira-ngira waktu yang tinggal untuk ana luangkan di bumi Mesir.


Cita-cita ana sejak ana menjejak kaki ke bumi Mesir ini adalah untuk mencedok sebanyakmana ilmu yang ana mampu capai.Oleh itu ana membuat keputusan untuk tidak pulang ke tanah air menjelang cuti musim panas ini.Biarpun masih terlalu awal untuk  berkata demikian, namun hati seirngkali berdoa agar masa yang tinggal biarlah dimanfaatkan sebaik mungkin di bumi anbia ini.Lebih-lebih lagi, sudah 2 tahun ana tidak merasai manisnya ramadhan disini.Best tau!


Namun, ana merasa sedih bilamana rakan-rakan dan ahli keluarga seringkali tidak sependapat.Mungkin sebilangan daripada mereka merasakan bahawa ilmu itu boleh didapati dimana sahaja.Ya, benar namun peluang yang ada di Mesir ini tidaklah datang begitu sahaja.Ianya perlu digapai dan diusahakan selagi mana tenaga dan kudrat serta masa mengizinkan.

Akhir kalam, ana berdoa moga-moga, cuti musim panas ini dapat ana raikan di bumi mesir ini.Mungkin ianya adalah yang terakhir.Siapa tahu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...