Sedang ana sibuk dalam mengulangkaji, pada waktu inilah datang pelbagai idea baru untuk menyelesaikan perkara-perkara lain.Kadangkala,ana yakin, ianya adalah bisikan halus syaitan untuk menyibukkan diri selain daripada kebaikan.
Sungguh syaitan itu sungguh licik.Mereka telah bersarang di hati-hati orang mukmin sekian lamanya dan sedang menuggu masa untuk bertindak.Seakan-akan opportunistic organism yang menunggu masa jatuhnya imuniti perumah, barulah mereka akan menyerang.
Jiwa orang mukmin itu tidak pernah terlepas daripada mengalami fasa kejatuhan dan peningkatan didalam pola graf keimanan mereka.Disinilah dapat kita lihat pentingnya mutaba'ah amal (muhasabah harian). Fungsinya adalah bilamana graf sudah mula menurun, cepat-cepat kita hidangkan hati kita dengan santapan pengisian rohani yang mantap.Dengan ini,syaitan yang menuggu masa untuk menyerang tadi dapat kita hadapi dengan persediaan yang lengkap.Seorang mukimin itu akan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya dia dihumban kedalam api neraka.
Syaitan itu sungguh licik.Ana ulang buat kali keduanya.Ini kerana mereka tidak akan menyerang secara terang-terangan.Sebaliknya seperti anai-anai yang memakan kayu dari dalam.Lama-kelamaan rapuh isinya dan runtuhlah rangka binaan tersebut.
Syaitan tahu bahawa seandainya dibisikkan ke gegendang telinga manusia agar terang-terangan melakukan kejahiliyyahan, ia akan kalah. Umpama seorang manusia baik yang disuruh membunuh on the spot, akal yang logik pasti akan menepis perbuatan sedemikian rupa.Tapi bagaimana pula sekiranya dibisikkan supaya memulakan dengan perbuatan buruk seperti mencuri.Kemudian disusuli pula dengan perbuatan menipu.Dan seterusnya berlanjutan hinggalah tercapai matlamat syaitan penghasut tadi iaitu 'membunuh'.
Bagi jiwa sorang mukmin yang kuat, langkah syaitan lebih berstrategi dan licik.Mula-mula dibisikkan supaya melengahkan solat,kemudian solat dalam keadaan tergesa-gesa hingga hilangnya khusyuk, kemudian disusuli pula dengan lahirnya sikap malas untuk mengerjakan solat sehingga solat tersebut terlepas waktu dan terus terbengkalai. Dan akhirnya, bertambahlah jiwa-jiwa yang fasik didalam agama ini.Dan syaitan pada waktu ini akan meninggalkan mereka sambil tersenyum puas kerana berjaya mengubah mukmin yang qawi kepada islam yang fasik.
Kita sebagai hamba Allah, harus mengenali musuh utama kita dengan lebih mendalam.
Know your enemy.Know you strategy.
Oleh itu persiapkanlah diri kalian dengan perisai-perisai ,senjata dan kelengkapan yang cukup untuk menghadapi musuh kita yang utaman.Yang pasti,kita tidak harus mengalah kerana syaitan tidak akan pernah mengalah didalam menyesatkan anak-anak Adam
Semoga Allah akan melindungi hati-hati kita semua daripada terus dibelenggu oleh dosa-dosa.InsyaAllah amiin.
Wallahualam.


No comments:
Post a Comment