Masih terngiang-ngiang di telinga Nur akan pesanan bapa saudaranya,
”Belajar di Mesir tu dah paling senang dah compared to tempat lain”.
Nur hanya diam membisu memikirkan kepayahan yang harus ditempuhinya bagi meraih ilmu kecil didunia ini.Nur mengerti, knowledge is not like everythin else of value, not to be obtained easily.
Helaian buku Parasit ditenungnya dalam-dalam.’Aih!!Membaca tanpa memahami adalah sia-sia belaka’, monolog Nur sendirian. Doktor yang baik adalah doktor yang mampu berfikiran kreatif di saat-saat kecemasan.Lantas Nur berpaling ke arah rak bukunya.Dicapainya buku Case Files.
Selesai membelek hampir kesemua kes-kes yang biasa berlaku, barulah timbul sedikit sebanyak kesedaran untuk membaca buku-buku basic.Cara pembelajaran berdasarkan Problem Based Learning merupakan antara kaedah yang efektif dan berkesan dalam bidang perubatan. Kebiasaaannya pelajar akan lebih terdedah pada realiti kes-kes yang bakal dihadapi kelak.
Namun, kerapkali pelajar perubatan ini kehilangan semangat mereka hari demi hari.Umpama kayu rapuh yang sedang dimamah oleh anai-anai.Lama-kelamaan, semangat yang luntur ini mampu menutup semua pintu kejayaan.
Ukiran-ukiran kejayaan anak-anak muda bukanlah semudah yang disangka.Banyak perubahan diri yang perlu dilalui bagi melahirkan remja berkualiti.
Dan sudah menjadi adat, remaja-remaja zaman sekarang lebih banyak disajikan dengan lembaran-lembaran ilmu tanpa perlu berusaha untuk mencarinya.Bahkan, perkataan 'malas' juga sudah sinonim dengan remaja-remaja kini.
Tingkahlaku yang kurang baik akan menjadi kebiasaan(habit) jika tidak diubah seawal mungkin.
Begitulah juga dengan sikap kemalasan dan suka bertangguh.
Siapa lagi yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri.
Seandainya sifat malas ini dibiarkan bermaharajalela di lubuk hati, lama-kelamaan ianya akan menjadi darah daging kita.
Siapa lagi yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri.
Seandainya sifat malas ini dibiarkan bermaharajalela di lubuk hati, lama-kelamaan ianya akan menjadi darah daging kita.

Umpama anak2 kecil yang menangis kerana tidak dapat apa yang diinginkan dan merajuk..kemudian akhirnya pergi semula kepada ibunya.
HambaNya yang sering pergi mendapatkan selain dariNya..akhirnya akan pergi semula kepada Allah demi meraih rahmat dan ampunanNya..serta belas kasih ihsanNya..
Duhai teman..
perjuangan kita didunia ini memang akan disaji dengan kelunturan semangat dan jiwa yang lemah..
kembalilah semula kepada Allah untuk mendapat kekuatan itu semua
...itu sahaja tazkirah kita pada hari ini..sebagai peringatan buat diri ana juga..
wallahualam



No comments:
Post a Comment