Kata Abdullah bin Al-Mubarak ;
“Wahai ahli ibadah ,sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat, barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”
Jika ada ahli ibadah yang merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai urusan dan maslahah umat Islam.Tekak mereka pula kering kerana banyak bekerja dan bergerak.Mereka mengorbankan jasad mereka sehingga diri mereka terkulai demi masyarakat.
Begitu juga dengan kita sebagai pelajar-pelajar perubatan di bumi Mesir ini.Kita merasakan seolah-olah kita telah berusaha yang terbaik dengan meneguk ilmu sehari suntuk di rumah mahupun di kuliyah.Walhal ini hanyalah sedikit daripada usaha dan ikhtiar demi membangunkan umat. Diluar sana , ahli-ahli ilmuan dan para da’I sedang bekerja keras menarik umat Islam agar kembali ke pangkal jalan. Mereka tidak punyai waktu pun untuk memikirkan masalah diri sendiri melihatkan situasi umat yang semakin runcing.Kita terlalu bermain-main dengan masa yang ada tanpa memikirkan apa yang mampu kita sumbangkan kepada umat.
Sumber : al-Muntalaq ms64
Wallhualam.

No comments:
Post a Comment