Pages

Tuesday, July 6, 2010

Untaian kata-kata


Seandainya saya tidak mampu menjadi doktor yang cemerlang,saya boleh menceburkan diri ke bidang lain yang lebih menarik minat saya.Contohnya seni sastera.Hahahaha!
Mungkin ada hikmahnya saya mempelajari medik.Siapa tahu,bakal-bakal graduan doktor kita mungkin ramai yang beralih ke bidang lain setelah tamat membuat Master mahupun Housemanship?

Apa-apa pun, yang penting jangan terlalu menekan diri sehingga kesihatan diri terjejas.Lakukan yang terbaik dimasa sekarang agar kelak diri tidak menyesal.Namun seandainya,prestasi kita tidak memuaskan,usah berputus asa kerana keputusan itu terletak di tangan Allah.Kita sebagai hamba seharusnya berusaha sebaik mungkin dan kemudian meletakkan harapan dan tawakal kepada Allah.USAHA! USAHA! USAHA!

Kita lebih gemar berusaha dalam suasana yang selesa dan tidak tertekan.Suasana yang selesa memudahkan lagi sesuatu pekerjaan itu.Keputusan yang dibuat juga adalah lebih rasional bilamana kita berada didalam zon selesa.

Fuh! Timba ilmu semampu boleh tanpa menoleh kebelakang.Terus kehadapan dan dahagakan ilmu yang masih sedang menunggu.Chayok!!

Dan jangan bertangguh-tangguh!!

Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa,walaupun adakalanya yang diusahakan itu gagal.

Rasulullah bersabda yg bermaksud,
"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang melakukan sesuatu kerja,dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya."

Riwayat al-Baihaqi


Kata orang, hidup ini umpama secawan kopi..
Disebabkan kerana terlalu sibuk memilih gelas mana yang paling cantik, kita lupa untuk merasai kelazatan kopi tersebut.

Semua orang ingin merasai kejayaan, namun tidak semua yang kesampaian.

Kadangkala kejayaan itu telah terpalit d depan mata, namun kerana ingin mengejar sesuatu yang lebih disanjungi, lebih menarik, kita abaikan kejayaan kecil yang berada di depan mata.

Hiduplah dengan bersederhana, tidak perlu terlalu memaksa diri.Capai apa yang mampu dan usahakan apa yang mampu dibawa.

Hiduplah dengan saling menyayangi dan saling membantu.Jangan terlalu mengejar nama mahupun pangkat.Yang penting adalah keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...