Pages

Tuesday, August 3, 2010

Salam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim


Mencecah usia 22 tahun ini,pasti ramai yang seakan-akan merasa ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain.Malah ada yang merasa beban akannya kerana diwajibkan berpuasa.

Apakah sebenarnya ramadhan itu?


Madrasah ramadhan bakal mengunjungi kita..
Apakah kita akan biarkan ianya berlalu seperti hari-hari lain

Atau..

Adakah kita ingin menggapai segala yang dijanjikan..mengerah segala tenaga yang ada bagi memperolehi apa yang mampu dicapai; yakni kemanisan ramdhan itu sendiri.

Sepertimana kita bersiap-siap menghadapi ujian finalis di kampus, ramadhan juga memerlukan persiapannya.Mana mungkin perkara rutin yang seringkali dilakukan setiap hari, terus ditinggalkan pada bulan ramdhan. Ana maksudkan perbuatan hati. BUKANNYA perbuatan tangan ataupun mulut. Hati perlulah di latih agar meninggalkan segala jenis maksiat terlebih dahulu. Agar menjelangnya ramadhan, dapat kita benar-benar mencuci hati.Agar dapat kita rasai kemanisan ibadah itu. Kemanisan menahan lapar dahaga kerana Allah semata-mata. Kemanisan bertarawikh di malam hari.Dan kemanisan beribadah kepadaNya.

Mulakan dari sekarang persiapan itu. =)

Moga-moga ramadhan yang bakal kita lalui ini merupakan yang terbaik berbanding yang sebelumnya.


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.  
(  سورة البقرة  , Al-Baqara, 185)

Lord of Ramdhan - cotu



Wallahualam. Salam imtihan teman-teman sekalian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...