Wahai jiwa, setiap musibah mestilah dirasakan sebagai didikan ALLAH.Tetapi jika kita keluh kesah, ia bertukar menjadi bala.Jika sabar ia menjadi pahala.Katakan saat diuji beginilah kita mendapat peluang untuk mengamalkan apa yang selalu kita dengar dalam tarbiah dan kuliah.Cuma amalan ini tidak nampak ketara kerana ia lebih menusuk rasa hati.Dalam menghadapi ujian yang ada kaitannya dengan manusia ( seperti sekarang ini), ALLAH mestilah dirasakan sebagai pengarah kepada semua perbuatan manusia.Kita selamanya tidak akan berpuas hati, rasa hina, rasa tertekan dan marah selagi merasai manusia sebagai punca segala-galanya.
Bila kita rasa ALLAH yang menentukan, mencatur perbuatan manusia, menentukan rasa hati manusia dan DIA di belakang setiap peristiwa, maka ketika itulah hati kita akan tenang kerana yakin : Cubitan daripada Kekasih yang Maha Penyayang selamanya akan lebih baik daripada belaian seorang musuh!
dipetik daripada buku ''Dimana DIA dihatiku'' karangan Pahrol Mohd Juoi.

No comments:
Post a Comment