Pages

Saturday, March 26, 2011

Berdebar-debar dan takut..

pantai bachok beramai2


Ketakutan seharusnya hanyalah kepada Allah, namun lain rupanya bilam benar-benar berdepan dengan situasi .seperti ini..

6 petang Jumaat

Ini kali kedua ana berdepan dengan keganasan.Ana takut.kedengaran tapak-tapak berlari-larian saling mengejar.Disusuri bunyian kaca yang pecah,hingar-bingar suara pakcik tua dan anak muda, ana segera menutup pintu,mengunci rapat dan berlari ke bilik Izati dengan harapan tiada yang serius benar-benar berlaku.Kemudian baru ana tersedar bahawasanya ketakutan itu adalah milik Allah.Apa yang ana takut adalah kejahatan manusia yang hanya terjadi dengan izin Allah.Dan dengan izin Allah jua,jikalau ianya akan terjadi , maka pasti terjadi.Allah penentu dan perancang segala-galnya.Ya Allah aku berlindung dengan perlindunganMu dari kejahatan manusia dan jin-jin serta haiwan yang buas.Amiin

Exam lagi dua minggu, perlu focus kepada tujuan ana ke sini.Tidak dilupakan doa kepada saudara-saudara seIslam yang turun berjuang,asif kerana ana tidak turut sama menyertai mereka.Namun ana juga punyai perjuangan tersendiri.Ana harus tekun menuntut ilmu agar usaha mereka yang turun itu tidak sia-sia..ilmu juga mampu mengalahkan musuh.Ya Allah bantulah mereka yang berada di pihak yang benar itu dan jatuhkanlah mereka yang ingkar kepadaMu ya Allah dan campakkanlah perasaan takut kedalam hati mereka.Semoga orang-orang mukmin akan Berjaya.amiin insyaAllah

9.14 malam
Setelah zuzu berkali-kali mengingatkan kami agar berhati-hati, darah anak muda yang cukup 'curious',meluru keluar ke balkoni tatkala terdengar bunyi yang pelik.
'Banduan-banduan yang bersenjata sedang berlegar-legar, tutup lampu, kunci pintu semua, lepas tu semua duduk sebilik je,duduk senyap-senyap,  jangan buat bising..tau!'pesan Ezza. Ana terus mendail nombor Pah untuk mengenalpasti amaran tersebut.
Ana terus menutup pintu balkoni dan menyuruh Az menutup lampu.
'Pack-up everything especially your passport, bawaklah apa-apa yang urgent, tomorrow pukul 10 pergi rumah Zan and be prepared kot-kot kita akan terus bertolak pergi airport ke..',pesan Maiz. Ana tergamam, palpitation, kami segera bersiap-siap dan terus berkumpul di bilik Izzat.
11 malam
Ana tersentak dan terus menutup muka dengan bantal.Az dan Izzat mula cemas.Kedengaran suara wanita menjerit di penjuru bangunan.Dari bangunan mana,kami kurang kenal pasti.Yang pasti, jeritan wanita tersebut menunjukkan seolah-olah beliau sedang berlari.Panggilan Pah yang cemas sudah cukup mendebarkan.

1 petang 2 February
Masih tiada sebarang jawapan daripada pihat kedutaan. Kami mulai resah dan buntu samada mahu pulang ataupun menunggu keputusan  daripada pihak duta.3 hari berlalu sia-sia, Intan,Nana,Pip..dan ramai lagi sudahpun bertolak ke Malaysia.
Memikirkan tentang peperiksaan yang bakal menjelang 2 minggu 3 hari lagi membuatkan ana risau.Perlukah ana pulang, supaya masa yang ada boleh di fokuskan kepada peperiksaan.Namun, ibubapa menyuruh ana mengikut 'flow'.
Penat menunggu keputusan dari pihak berkuasa, akhirnya ramai pelajar yang mengambil langkah awal dengan membeli tiket pulang ke Malaysia.
.Az dalam dilemma kerana masalah kewanagn walhal keluarganya kaya raya.Hahaha
Tiket melonjak naik dari RM 2500 ke 3900.Jika ditukar ke matawang mesir berjumlah LE 5800 le.

3 Feb 7.03 mlm
Berbeza masalah namun tekanan yang sama.Stress memanjang tanpa arah tuju.Ana tak tahu nak beli tiket dari Jeddah ataupun menuggu bantuan kapal yang bakal mengambail masa berbulan-bulan.Umi abah mencadangkan supaya sampai ke Jeddah terlebih dahulu, jiwa yang inginkan kesenangan dan cepat pulang ke Tanah Air memberontak.

5 Feb 9 am
Alhamdulillah setelah bertolak dari Lapangan Terbang Nuouzha,Iskandariah..pada pukul 3am, kami selamat mendarat di Jeddah pada pukul 6.20 am.Sekarang sedangmenunggu maa untuk berangkat ke Asrama Haji.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...