Pages

Saturday, April 16, 2011

beauty & the beast

mira,jesvin,ira
'Umi cakap bagus sunblock ni, lindungi muka biar tak gelap sangat,'pesan ana kepada sepupu ana Nadhira.
'Wah , a'ah la..'jawab ira.
Sejak hari tersebut,kami sama-sama memakai sunblock tersebut sehingga kulit wajah bertambah cerah berbanding kulit tangan..haha..
in the end, kami gelap semula juga.maklumlah, bila masuk kawad kaki, siapa yang tak gelap.
Tapi,apa sangatlah kalau kulit gelap pun kan? ada jerawat sana sini, panau..etc
Selagi hati itu masih cantik, berseri dan dijaga selalu, kecantikan luaran akan seiring dengannya.


perkongsian bersama daripada ummuhusna99.blogspot.com


BEAUTY AND THE BEAST

Melihat kepada obsess muda mudi kini kepada kecantikan, saya teringat kepada satu rancangan dokumentari bertajuk : Beauty and the beast: ugly face of prejudice, yang baru saja ke udara baru-baru ini menerusi satu saluran televisyen di UK.
Siri ini mengenengahkan investigasi tentang perbezaan dua individu yang ditakrifkan oleh cara mereka menanggapi, melihat dan menilai sesuatu.

Episod pertama rancangan ini menampilkan Leo, seorang lelaki di awal usia 60 yang memiliki wajah, tangan dan kaki kiri yang cacat akibat kebakaran sewaktu berumur 14 tahun, manakala seorang lagi ialah Yasmin, seorang gadis di awal usia dua puluhan yang terlalu obses dengan kecantikan. Hampir 40 hari setahun, iaitu lebih dua jam sehari masanya diperuntukkan di hadapan cermin. Ribuan pound juga dibelanjakan sebulan hanya untuk membeli peralatan solekan.
Sebelum keluar, wajahnya yang sedia jelita dioles sesempurna mungkin agar dapat berhadapan masyarakat dengan wajah tidak polos tanpa warna.
Berbeza dengan Yasmin yang sangat teruja melakukan apa sahaja demi kecantikan agar dapat tampil mempesona seperti selebriti dan artis ternama, Leo sebaliknya sangat menentang pembedahan plastik untuk tujuan kosmetik. Menurut Leo, secara khususnya seorang wanita sanggup menekan dirinya sendiri untuk cuba meniru kesempurnaan fizikal yang banyak ditampilkan di media. Dan inilah yang sedang dialami oleh Yasmin, seorang ‘penagih’ kecantikan paras rupa.
Di akhir rancangan, dengan bantuan Dr. Laxmi Kathuria, seorang pakar psikiatri yang mengkhusus kepada citra tubuh, Leo dapat menjeroka alasan sebenar di sebalik keghairahan Yasmin.
Perbualan demi perbualan dari pengisian masa bersama Leo, menyedarkan Yasmin bahawa kecantikan bukanlah segalanya kerana ia tercerna dari persepsi yang diinginkan oleh masyarakat ramai. Sedangkan kecantikan asli yang ada sepatutnya sudah cukup untuk dihargai dan lebih membebaskan dirinya dari menyia-nyiakan masa, tenaga juga wang ringgit untuk memenuhi persepsi massa.
Leo yang telah berkeluarga dan ayah kepada tiga cahaya mata juga berjaya membuka mata Yasmin bahawa pasangan yang baik adalah yang boleh menerima dia seadanya kerana sikap positif dan nilai hidup yang baik lebih diperlukan untuk kelansungan perhubungan yang bahagia.




KITA ADALAH KUNTUMAN MAWAR



Wanita adalah umpama kuntuman mawar. Mekar indah dengan pelbagai warna : putih bersih, merah muda, merah menyala dan kuning diraja, akan tetapi pada setiap penghujungnya, semua kuntuman mawar itu akan dihidu dan dinilai dengan cara yang sama, iaitu melalui keharumannya yang semerbak walau apapun warnanya.

Lalu, begitulah juga kita, dengan pelbagai bentuk tubuh, ketinggian dan paras rupa, pengakhirannya kita semua memiliki satu ciri yang sama, kecantikan semulajadi kurniaan Yang Maha Adil lagi Bijaksana.
Bersyukurlah!
Namun, jangan sesekali kita lupa wahai Muslimahku, kecantikan luaran hanya sementara, kecantikan dalaman yang seharusnya lebih kita jaga dan perhati sentiasa.

Sebaik-baiknya, jika indah rupa luaran pada pandangan manusia, mudah-mudahan cantik juga ‘jiwa’ di dalam yang lebih di’pandang’ TUHAN Yang Maha Esa.

Sesungguhnya apa yang baik datang dari ALLAH SWT, sementara yang kurang itu dari kelemahan saya sebagai manusia biasa.
Kepada-NYA saya memohon keampunan.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.


artikel dari laman
kita umpama kuntum mawar



"Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga, yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan taqwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi, bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati, yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calnkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen..." 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...