Sembahyang adalah hubungan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Pada asalnya hubungan ini adalah hembusan ruh daripada Allah untuk mengembangkan dan membangunkan kehidupan. Sembahyang mendekatkan diri dan menjinakkan diri kepada Allah. Kita melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Dan dijadikan penyejuk mataku di dalam salat.
Sembahyang adalah sumber yang dinamik untuk tenaga rohani dan bekalan. Waktu menunaikannya dibahagikan sepanjang malam dan siang agar bekalan baru ditambah secara berterusan dan bekalan yang masih ada diperbaharui.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah telah memudahkan kita menunaikannya sehinggalah bekalan kita tidak kehabisan dalam setiap keadaan dan waktu. Sama ada ketika damai atau peperangan, musafir atau bermuqim, dan sihat atau sakit. Ini adalah sebahagian kelebihan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kita.
Sembahyang merehatkan dan melapangkan kita dari tugasan dan bebanan kehidupan. Lantas kita berdiri di hadapan Allah dengan khusyu’ dan menundukkan diri, ruku’ dan sujud. Kita mendengar dan membaca kalam Allah, kita bertasbih dan membesarkan Allah, kitaberdo’a dan beristighfar kepadaNya. Seolah-olah salat itu adalah Mi’raj (naik ke langit) bagi ruh. la naik menemui Allah, jauh dari tarikan keduniaan dan tipu-daya kehidupan. Sesungguhnya sembahyang difardukan pada malam isra’dan mi’raj.
Sesiapa yang mendatangi Allah dengan hati yang suci dan niat yang ikhlas, Allah akan melimpahkan kepadanya nur, hidayat, ketenangan dan rahmat yang membantu seseorang itu untuk mengharungi kehidupan dengan tenteram, kestabilan jiwa, tidak cemas, tidak khuatir, tidak takut dan tidak menjadi lemah. la dapat mempertahankan diri daripada fitnah, kekejian, kemungkaran dan godaan syaitan. Lantas berada di dalam pemeliharaan dan pengawasan Allah. la sentiasa merasai Allah bersamanya(ma’iyyatullah) ke mana sahaja ia berjalan dan di mana sahaja ia berada. Ia mendapat ketenteraman di sisi Allah, berserah kepadaNya dalam setiap perkara, meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepadaNya dalam ketaatan, penyerahan dan iltizam yang sempurna pada setiap perintah dan larangan tanpa teragak-agak. Begitulah corak kehidupan berlandaskan ‘ubudiyyah hakiki, kebahagian yang utuh, dan keredaan yang meliputi. Yang demikian itu, hanyalah untuk orang yang takut kepada Allah.
Ketika seseorang mula menunaikan salat ia telah merasakan bahawa ia sedang menghadap Tuhan dan selepas beberapa ketika selepas itu ia akan menghadapNya sekali lagi. Oleh itu, tidak selayaknya ia lalai atau melupakan Allah di antara dua waktu sembahyang. Demikianlah orang yang memelihara sembahyang pada waktunya, ia dinaungi pengaruh rabbani daripada sembahyangnya. Pengaruh itu tidak terhindar daripadanya sedikitpun, jadi syaitan tidak berjaya menguasainya dari dalam dan memesongkan dirinya dari jalan yang lurus:
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah An-Nisa’: Ayat 103)
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang kita kasihi, jika tertekan dengan sesuatu perkara, Baginda menunaikan salat dengan segera. Lalu merasai kerehatan, keamanan, taufiq dan ketenteraman. Baginda sering mengatakan kepada Bilal Radillahu ‘anhu.-
Marilah kita berehat dengannya (dengan salat) wahai Bilal.
Sembahyang seorang mu’min diibaratkan seperti oasis (wabah) yang menjadi tempat berteduh di tengah padang pasir, kehidupan yang bahang panasnya bukan kepalang.
Menundukkan diri dan ruku’ kepada Allah di dalam salat melahirkan pengertian ‘izzah kepada orang yang bersembah-yang. la tidak ruku’ dan tunduk melainkan kepada Allah sambil mengagungkan dan membesarkanNya. la tidak tunduk kepada manusia dan tidak takut melainkan kepada Allah:
(Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syari’at Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan merekapula tidak takut kepada sesiapapun melainkan kepada Allah.
Setiap kali kita mengagungkan Allah dan memberi nilaian yang hakiki kepadaNya, bertambahlah perdampingan diri untuk menta’atiNya, berlindung kepadaNya dan mententeramkan diri disisiNya. Bertambahlah juga keinginan untuk melarikan diri daripada maksiat dan menyanggahi perintah Allah. Sesungguh-nya di dalam perkara yang sebegini terdapat bekalan.
Sujud kepada Allah pula adalah kedudukan yang tertinggi pada ‘ubudiyyah hakiki dan penghinaan diri yang tulus kepada Allah. Padanya terdapat keakraban dan penjinakan. Inilah dia Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang menghayati hakikat dan merasai kelazatan sujud yang terdapat padanya pendekatan diri kepada Allah dan kebahagian ruh. Baginda telah me-manjangkan sujud di dalam salat tahajjud sehingga Sayyidatina ‘A’isyah Ummul Mu’minin Radiyallahu ‘anha menyangka nyawa Baginda telah dicabut. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatanberkaitan kebaikan ini dan menggalakkan kita melakukannya. Baginda telahpun bersabda, maksudnya: Seseorang hamba itu, paling dekat dengan Tuhannya ketika sujud.
Seorang yang menunaikan salat merasai pengertian yang sebegini ketika sujud. la merasa dirinya telah hampir kepada Tuhan. Ini adalah kedudukan yang paling mulia dan tertinggi di dunia ini. Kerana ketika itulah seorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Dengan cara inilah kebahagiaan dan bekalan diperolehi.
Duduk tasyahhud yang mengandungi pengertian dan sentuhan nalun yang tinggi, kita mendekatkan diri kepada Allah dengan kebesaran yang berkat dan kata-kata yang baik. Kita menyampaikan ucapan selamat secara Islam kepada Rasul kita yang dikasihi. Kita mengucapkan: Kesejahteraan, rahmat Allah dan keberkatanNya ke atas engkau, wahai Nabi. Kemudian kita mengucapkan kesejahteraan ke atas din kita dan hamba Allah yang salih. Seterusnya, membuat pengakuan ucapan dua kalimah syahadah. Kita juga berselawat dan mendo’akan kesejahteraan kepada Rasul yang dikasihi. Alangkah indahnya perbuatan ini, semasa menghadap Tuhan, kita lakukannya bersama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan hamba Allah yang salih dari ummat Muhammad di sekeliling kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala melihat kita dan menzahirkan keredaan dan penerimaanNya. Akhirnya, kita menyudahkan salat dengan cara duduk yang menarik ini untuk menghadapi kehidupan dengan jiwa yang reda dan sejahtera.


No comments:
Post a Comment