Bismillahirrahminrrahim
Seusai waktu berlalu, kita telahpun tiga hari menahan lapar dan dahaga.
Dan ditakdirkan pula , kita semua akan melalui fatrah imtihan pada bulan ramadhan..=)
Baik atau buruk ??
Mengimbau kembali fatrah imtihan sebelum ini, ramai yang seringkali mengeluh kerana amalan harian banyak yang tidak tertunai..semuanya kerana imtihan diutamakan.Kesan fatrah imtihan ini sedikit sebanyak telah menggusarkan, menguji hati-hati para da'ie sehingga menyebabkan mereka seringkali melupakan perkara yang lebih utama daripadanya.
Walaupun ramai yang sedar, bahawa seorang da'ie seharusnya tidak menunggu musim imtihan untuk benar-benar jiddiyyah, bahkan mereka senantiasa bersedia. Namun ramai yang masih merangkak-rangkak dan kadangkala tersembam jua..gagal untuk konsisten dengan medan perjuangan duniawi.
Imtihan di shahrul ramdhan, ana dapati ianya merupakan suatu kurniaan yang besar daripada Allah. Kerana kebiasaannya bagi imtihan di bulan-bulan lain, kita akan leka membaca buku sehingga amalan-amalan harian banyak yang tidak tertunai dan terlepas.
Justeru itu, dengan berlangsungnya imtihan di bulan mulia ini, kita diberi peluang untuk merehatkan diri dengan melaksanakan ibadah kepadaNya di malam hari
.
'Kami adalah lemah lembut bila malam tiba,kami kerumuni mihrab kami dengan rasa sedih,kami adalah perajurit-perajurit perkasa di medan laga,musuh memangdang kami tak terkalahkan bagaikan singa.'
Fasa imtihan di bulan kareem ini juga memastikan masa-masa kita sentiasa terisi, pagi hari dengan ilmu, malam hari dengan ibadah akhirat. Bukankah ini satu kelebihan? Bahkan jika niat kita untuk mengulangkaji itu lurus, maka insyaAllah pahalanya akan berlipat ganda.
Cuba amati, seandainya kita berada di tanah air pada waktu ini, ramai yang dilalaikan dengan nikmat masa lapang. Seandainya ianya tidak diisi dengan amalan yang ahsan, sungguh rugilah kita. Kerana bulan ramadhan ini adalah bulan meningkatkan amal kebaikan dan mengumpul pahala. Sepertimana seorang saudagar yang rancak mengumpul modalnya untuk hari-hari akhirat kelak.
Kesimpulannya, setiap hari yang kita lalui merupakan hadiah dan kurnia yang tinggi daripada Allah. Ketahuilah bahawa sebarang ujian yang melanda semuanya tersembunyi hikmah yang tidak tercapai oleh akal.
Selain mendidik diri agar lebih bertaqwa, mensyukuri nikmat , bulan ini juga menyediakan habuannya bagi insan-insan yang bijak memanfaatkannya. Jadikanlah ramadhan ini ramadhan yang terbaik seolah-olah tiada lagi ramadhan yang akan menyusul.Sama-sama kita renungkan. =)
"خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفرله"
"celaka dan rugilah bagi orang2 yang bertemu dgn ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan"
-hadis rasulullah SAW



No comments:
Post a Comment