Pages

Monday, April 20, 2009

butterfly~* *again


boleh tak kalau ana nak buat analogi sendiri...

Bunga2 yang kembang mekar ditaman kelihatan indah sungguh.Warnanya bukan sahaja cukup menarik dari jauh malah membuatkan suasana alam kelihatan harmoni dan ceria.Ditambah kicauan2 burung pipit.Sekali sekala akan ada rama-rama yang datang menghinggap.Bukan rama-rama sahaja,lebah,kumbang,dan banyak lagi serangga2 lain gemar akan bunga-bunga.




Bolehkah bunga-bunga ini memilih serangga mana yang akan menghinggap diatasnya?

Hoho..mestilah takleh,bahkan semuanya adalah hasil kekuasaan Allah.Kitaran alam yang begitu luas adalah dibawah pentadbiran Tuhan Seluruh Alam.Dan semuanya bergerak dibawah pemerintahnNya.

Rama-rama mana nak hinggap kat bunga tersebut..dari mana datangnya rama-rama tersebut..semuanya telah ditentukan oleh Yang Memerintah yakni Allah Taala.

JADI?

Apa tujuan diceritakan semua diatas ini?
sambil2 kita mentadabur alam..sama-samalah kita fikirkan tujuan penciptaan semuanya.

Ana cuma terkilan dengan diri sendiri(dulu2 insyaAllah) dan sahabat2..yang terlalu memikirkan tentang sesuatu yang tidak perlu..malah perkara tersebut hanya membuang masa.

Contohnya adalah,kenapa sahabat2 perlu bersusah payah memikirkan soal jodoh sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Bolehkah bunga-bunga ditaman memilih rama-rama mana yang boleh hinggap diatasnya?
Semuanya telah ditentukan dan akan berlaku mengikut ketentuan Allah. Begitu juga dengan jodoh masing-masing.Usahlah terlalu memikirkannya,hingga menjebakkan diri kedalam perkara-perkara haram..mencari yang begitu,yang begini...akhirnya bertemu dengan yang tidak disangka-sangka.

Soal jodoh telahpun tertulis..begitu juga dengan soal mati..bilakah kita akan mati?Semuanya telah tertulis..dan kita hanya menuggu masanya.Daripada memikirkan soal jodoh yang ditunggu-tunggu, apa kata kita menggantinya dengan memikirkan tentang soal kematian.Yang mana akan membawa lebih manfaat kepada kita? Sama-sama kita renungkan.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...