Pages

Monday, April 20, 2009

warkah buat adikku


wahai adikku yang disayangi

moga pengikat kita adalah sebagai muslim yang mencintai Allah..
yang lebih kukuh ikatannya berbanding ikatan sesama adik beradik yang sama darah dagingnya..

sedikit pengisian

pernahkah kalian semua teedengar sebuah cerita..


trdapat seorang kanak2 kecil yang tinggal bersama datuknya.
Setiap hari datuknya akan mengajarnya mengaji al-Quran.

Pada suatu hari,bertanya kanak2 ini kepada datuknya

"atuk kenapa abe kena baca al-Quran?Tiap hari abe baca pun,abe rasa macam xde apa2 pun.Abe rasa macam buang masa je.."

Lalu disuruhnya atuknya supaya kanak2 tadi untuk mengambil sebuah bakul rotan buruk.

"Abe tolong tadoh air dale(dalam) bakul ni buleh?Pastuh bawok balik rumoh smula deh.."

Kanak2 tadi pun berlari2 anak ke kaki bukit.Terdapar sungai kecil di situ,lalu ditadahnya air kedalam bakul rotan itu tadi.Kemudian dia pulang ke rumah setelah di isi penuh bakul tersebut dengan air.

Namun,setibanya dirumah,bakul itu telahpun kosong.Air yang ditadahnya tadi telah mengalir keluar melalui liang2 kecil bakul rotan itu sepanjang perjalannya tadi.

Lalu kanak2 kecil itu berlari semula menuju ke kaki bukit untuk menadah air yang baru.Namun masih berulang perkara yang sama biarpun perjalanan sewaktu pulang ke rumah diperlajukan.

Akhirnya dia mengalah dan pulang kerumah dengan wajah sugul

"Bakponyo?" tanya atuk.

"Mana boleh tadah air dalam bakul rotan ni atok!" abe kelihatan kecewa.

"Em..takdi abe tanyo atok bakpo keno blaja ngaji kan?Ginilah.."kata atuk sambil menunjuk ke arah bakul tersebut.

"Mulo2 takdi bakul ni kotor,habuk,bughok! Skarang? Dah bersih kan?

Macam tu la jugak dengan hati abe..bila abe baca al-Quran setiap hari..biarpun abe rasa macam tak ada perubahan..tetapi sebenarnya perubahan itu adalah pada hati abe sendiri.Abe tok nampak hati abe sendiri kan.Sebab tu abe cakap abe rasa macam malas..sebab perubahan tu kita tak nampak..tetapi kita kena yakin.Abe kena tanam rasa yakin bahawa setiap yang diturunkan kepada kita daripada Allah ada hikmahnya"kata atok.

the end(sorry ayat berhabuk2 ngan bhs klantan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...