Pages

Friday, May 8, 2009

ukuwwah


"Akak,saya dah tak tahan la,dari dulu saya bersabar.Tapi setiap orang ada limitnya.Dalam persahabatan kita kena give & take..tapi asyik saya je yang kena give.Tension aa akak..saya rasa cam nak tukar bilik je!"..

Macam tu lah ragam adik2 yang masih baru lagi dalam mencari erti ukhuwwah.

Biarpun sebanyak mana hati kita di uji dengan karenah sahabat kita,jangan di balas dengan cara yang sama(buat jahat balas jahat).Bahkan,balaslah dengan cara yang lebih baik kerana demikian adalah akhlak mulia.

Kalau dia buat kita marah,jangan disimpan dalam hati(dendam)..Lagipun serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada....tepuk dada tanya diri sendiri,dah capai ke belum?

Contoh berlapang dada ni ialah kita xde langsung perasaan marah atau sakit hati bila sahabat kita sakiti kita.Relax, redha & cool je.Dan yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.Nampak macam susah dan mustahil utk dapat.Tapi realitinya,semua org boleh capai kalau mereka berusaha.Apa yang Rasululullah sampaikan adalah apa yang kita mampu buat.


"Akak,saya dah tak tahan la,dari dulu saya bersabar.Tapi setiap orang ada limitnya..."

Dalam definisi bersabar..tak ada di gariskan bahawa ada limitnya.Malah sabar itu sendiri tiada penghujungnya.
Kita lihat kisah Rasulullah yang pernah dibaling batu sewaktu baginda ingin menyebarkan dakwah secara terbuka di Ta'if.. telah datang para malaikat yg menawarkan diri mereka utk mengazab kaum taif, tetapi Baginda menolak mereka dan berkata, walaupun mereka menolak dakwahku hari ini, akan tetapi aku harap generasi mereka yg akan datang akan menerimanya.

Kisah ini menunjukkan betapa Rasulullah tidak menyimpan perasaan marah pun terhadap orang yang membaling batu tu.Baginda sendiri tidak membalas semula kekerasan yang dilemparkan keatasnya.


Setiap kali perkara yang tidak disukai(masalah) berlaku, itu adalah ujian.Ujian mestilah dalam bentuk yang tidak kita sukai supaya ia dapat melatih diri kita.Ujian juga untuk menguji sejauh mana keyakinan kita akan ketentuan Allah, bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.(redha akan qada' & qadar Allah.)

Allah tak akan menguji hambaNya melainkan apa yang hamabaNya mampu seperti dalam surah
Al-Mumenoon [23:62] :-

"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya. "

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...