
Sewaktu di tahun pertama,ana pernah berkata kepada diri sendiri bahawa..takpe2,as long kita buat kerja dijalan Allah insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan..
Ya,betul ungkapan diatas.
NAMUN, ini takbermaksud kita boleh kurangkan prioriti kita setelah kita tahu kita telah melakukan sesuatu di jalan Allah. walaupun ada kemungkinan kita akan mendapat extra benefits(berkat) seperti senang mengingat,mudah faham.
Contohnya,seandainya masa ulangkaji kita adalah 5 jam.Maka setelah kita melakukan aktiviti-aktiviti berunsur islami,tidak bermaksud kita boleh korbankan masa study kita dengan alasan 'alaa,aku dah buat itu takdi(perkara baik) ,xpe lah..x sempat dah nak study..tidur dulu..'
Sedangkan pada masa yang sama, kita sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh. Selebihnya barulah kita serahkan kepada Allah. Bukan terus yakin bahawa setelah melakukan sesuatu yang baik di jalanNya, kita abaikan tugasan yang lain.
Dan prioriti tetap prioriti.Kita boleh korbankan masa-masa lain seperti waktu tidur,pendekkan waktu on9..dan sebagainya.Bukannya dengan mengorbankan prioriti kita sebagai pelajar.
Allah telah menetapkan sunatullah tetap sunatullah.Yakni,setiap insan yang berusaha akan mendapat kejayaan.
Dan yang tidak berusaha akan kecundang.

"Tiada kejayaan tanpa tawakkal,tiada tawakkal tanpa usaha,tiada usaha tanpa iman.Iman memberi motivasi dengan semangat untuk terus tekun berusaha,supaya manusia tidak bergantung kepada takdir semata-mata untuk mencapai kejayaan hidup. Melalui iman yang mantap,ia akan mengingatkan manusia supaya tidak melupakan kepentingan hidup di akhirat ketika hidup di dunia ini."
Firman Allah yang bermaksud ;
"Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan dari (nikmat) dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu" (Al-Qasas:77)
'Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).'"Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan dari (nikmat) dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu" (Al-Qasas:77)
al-Insyirah 5-8
No comments:
Post a Comment