Pages

Thursday, June 4, 2009

sedih



Saat sahabat-sahabat disekeliling merasa sedih..terkadang diri pun hampir dibuai perasaan sedih.

untuk mengubati perasaan sedih ini, ada perlunya kita melihat situasi orang yang jauh lebih sedih dari diri kita sendiri,diuji dengan ujian yang lebih besar...moga-moga lahir perasaan tabah dalam diri.

jom hayati kisah dibawah,dipetik dari forum iluvislam.


mmmm memang menyedihkan baca kisah sahabat sekalian...
sekarang..banyak perkara berlaku yg buat ana rasa sedih..sesekali bila tak tahan..mengalir jugak air mata...isk isk..tapi apa jua yg berlaku...tetap perlu bersabar...

antara yg menyedihkan ana.....
teringat 1 kisah.....

waktu tu ana kecik lagi.....masih sekolah rendah.
1hari, guru besar masuk kelas ana buat pengumuman...
"siapa yang takder ayah, keluar bagi nama kat cikgu...."
masa tu, ramai kawan2 sekelas yg 'takder ayah' keluar bagi nama diorang kat cikgu besar..ana cuma perhatikan diorang.ada yg gembira ada yg sedih..ada jugak yg xder rasa apa2...
selesai semua, cikgu kelas tanya ana...'kenapa tadi tak keluar bagi nama kat cikgu besar?'
ana tunduk..diam ja....sepatah apa tak jawab...
bila balik sekolah, ana termenung sorang2...waktu tu ibu ana masih kerja..yang tinggal di rumah cuma ana dan adik.
selepas ibu ana balik kerja malam tu..ana bertekad nak tanya 'ayah pergi mana?'tapi bila tengok wajah ibu yg keletihan tu, ana diamkan terus.
tak lama selepas tu...ada hari penyampaian hadiah kat sekolah. ana duduk kat satu sudut di luar dewan tunggu 'waris' ana datang. tapi ana terlupa yang hari tu ibu kerja...jadi tak dapat datang. ana masih menunggu di luar. harap2 'ayah' akan datang... tunggu punya tunggu alih2 nama ana dipanggil. ana dapat hadiah kepujian dalam bahasa melayu. tapi ana masih duduk kat luar tu sambil melihat2 kalau2 ada 'waris' yang datang tengok ana ambik hadiah...tapi hampa. waktu ana naik atas pentas, ambik hadiah...ana sempat melihat2 kat luar....kalau2 ternampak 'ayah'....tapi ana terkejut bila nampak 'tokwan'(grandfather) berjalan menuju ke kawasan dewan. dia senyum jer bila lihat ana ambik hadiah.waktu tu ana rasa lega...
waktu pulang ke rumah...(ana balik bersama tokwan naik motor honda 70)...ana tanya tokwan.
'ayah pergi mana?kenapa tak pernah nampak?' spontan soalan tu keluar dari mulut ana yg kecik..waktu tu ana dalam darjah 2/3.
tokwan bagitau...'ayah dah tak der..ayah dah lama pergi...'
ana masih tak faham... 'pergi mana?' soal ana lagi.
'ayah dah meninggal.....ayah dah bertemu dengan ALLAH...dia dah takder dlm dunia ni.....'
ana sekadar dengar apa yang tokwan cakap tapi langsung tak mengerti apa maksudnya.

1 hari..... ana mimpi bahawa 'ayah' ada di England... sejak dari hari tu, ana kumpul duit sekolah semata2 nak pergi England cari 'ayah'. hati ana kuat menyatakan 'ayah' masih ada..dia ada kat England...' kata ana pada adik ana yg muda 1tahun dr ana... ana terfikir, mungkin sesuatu telah berlaku kat 'ayah' menyebabkan 'ayah' tak boleh balik jumpa anak2nya.... di sekolah, kawan2 selalu cakap...'ayah kau kan dah mati...kenapa kau nak pergi cari dia kat england?'
ana diam jer..buat tak dengar..tapi air mata laju jer turun.real sad
ana tetap yakin 'ayah' masih ada..sbb ana tak pernah dibawa menziarahi kuburnya..walau sekali..
hinggalah satu hari....waktu tu bulan puasa dan dekat nak raya...orang kampung ramai datang bagi zakat pada ana dan adik. ana keliru..'untuk apa?' tanya ana pada seorang pakcik... dan pakcik tu jawab...'zakat ni untuk anak yatim...' ana soal balik... 'anak yatim tu apa?'
dan dia bgtau dng penuh sabar ' anak yatim tu macam kakak dengan adik..yang kematian ayah...'
waktu tu...ana rasakan betul2 sedih. sebab segala harapan untuk jumpa 'ayah' punah macam tu aja...
hari raya.... ana banyak duduk di rumah..belek2 duit tabung. kalau kawan2 sibuk kesana sini kumpul duit raya..ana hanya duduk di rumah kira duit yang ana kumpul untuk cari 'ayah' kat england..
semakin ana dewasa, semakin..ana sedar..dan menerima kenyataan bahawa ayah benar2 dah tiada... sekalipun ana tidak pernah ke kubur ayah...sijil kematian membuktikan segala2nya.
memang terasa sedih...tapi ana dikurniakan seorang tokwan yang ana rasakan seperti 'ayah' ana sendiri.

kini....ana bersyukur...ALLAH ambil 'ayah' sejak ana berumur 2 tahun...tapi ALLAH kurniakan seorang 'tokwan' yang baik dan sayang dengan ana...ana akan hargai apa yg ana ada....walau hati teringin sekali merasa 'kasih seorang ayah'.sobsob


.............................................................................................................................................
sesungguhnya dalam derita itu..ada bahagia........dan dalam gembira itu mungkin terselit duka... bersabarlah menerima ujianNYA...comfort

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...