Mestilah pernah,box office tue..
ana sendiri pun suka menonton cerita tu..bukan apa
dari cerita tu, seolah-olah ada suatu semangat baru yang muncul dari dalam
ada bahagian dimana hero cerita itu adalah the chosen one..then he woke up from his sleep
realising that this world has been conquered by the robot
dari situ,ana rasa ada persamaan antara kita manusia dengan situasi tersebut
adakah kita 'manusia' diciptakan untuk melalui kehidupan seharian sahaja?-bangun tidur,makan,minum,study,layari internet dan kemudian tidur semula..setiap hari dilalui dengan aktiviti yang sama..serupa, tiada perubahan..
samalah seperti dalam movie 'Matrix' tu..semuanya di control oleh golongan robot tersebut...
seandainnya kita diberi peluang untuk menjadi 'The Chosen One' seperti hero cerita matrix tu..nak tak?
dari yang saya perhatikan, hero tersebut merupakan seorang yang peka dan berilmu..
barulah beliau terpilih...dan orang lain yang tidak terpilih terus kekal di dalam kehidupannya seharian yang berputar pada paksi yang sama..tiada perubahan..dan remain jahil..
Dalam erti kata lain, ana sebenarnya ingin menyeru kalian semua supaya menjadi seorang yang peka dan berilmu..
bagaimana kita ingin mengalahkan musuh seandainya kita tidak berilmu?
Biarpun kita tahu kita berada di pihak yan benar,namun tanpa ilmu, kita akan jatuh juga.
Kebenaran tanpa perancangan yang betul akan kalah kepada kebatilan yang mempunyai perancangan dan sistem yang betul.

Jikalau kita tidak tahu apakah matlamat sebenar kita hidup di dunia ini..
kita akan tenggelam dalam lautan kenikmatan duniawi- setiap hari buat aktiviti yang berkisar hal-hal duniawi sahaja
hal-hal akhirat diabaikan, lebih teruk..ianya terus ditinggalkan..atau dalam term lain Islam pada nama sahaja, tetapi keislamannya entah kemana..
kita sebagai muslim, orang islam , perlulah meneguhkan perkara-perkara asas terlebih dahulu
sebagai contoh solat..bukankah solat itu tiang agama?
jika kita meninggalkan solat, samalah seperti meruntuhkan rumah sendiri
tanpa disedari selama ini, kita sedang hidup, tetapi beratapkan perlindungan kepada selain Tuhan Yang Maha Esa...tiada lagi perasaan takut akan seksaan neraka..
yang tinggal hanyalah keinginan untuk berseronok dengan kenikmatan yang sementara
kita biarkan diri kita dibelenggu oleh pujuk rayu nafsu dan syaitan
hari-hari dilalui dengan bertuhankan 'mereka'
amanah Allah terus ditinggalkan
Hero cerita Matrix tu kebal, dimana kalau berjuta-juta peluru yang menembusi beliau, beliau tetap kebal, remain alive..kenapa? kerana dia tahu bahawa semua itu hanyalah permainan imaginasi yang dikuasai oleh golongan robot tadi.Dia sedar bahawa, selama ini manusia telah di manipulasi, di perbodohkan..oleh sang Dunia.Lantas dia bangkit untuk membantu kaum-kaumnya.
Seandainya kita sedar bahawa kita umat Islam telah banyak dimanipulasi pasti kita akan segera bangkit untuk membantu darah daging kita.Bukankah tamadun yang paling hebat di dalam sejarah dunia adalah Tamadun Islam? Pihak eropah bangkit setelah mereka mencedok ilmu dari para ilmuan tamadun Islam tadi.
Dan sehingga kini, sejarah tetap sejarah.Tiada usaha untuk membangunkan semula sejarah kegemilangan Islam.
Diamanakah kita untuk membuktikan bahawa tamadun Islam itu bangkit kerana Islam itu sendiri?
Mahukah kita kekal berada di bawah?
Membiarkan tamadun selain Islam mendominasi bumi..membiarkan pihak barat menguasai dunia..
bukankah bumi ini diciptak untuk hamba-hambaNya
noni like this!!
ReplyDeletenicely written yah!
yes..kita bukan robot.
graft iman sy turun mendadak sempena hbsnya exam.huhu