Pages

Friday, May 21, 2010

Yahoo..=)

Picture from devianArt
bismillahirrahmanirrahim

Hari ni lebih baik dari semalam.
Aywa sah kida..
alhamdulillah..insyaAllah kulli yaum bikheir

Hari ini ana menghadiri ceramah motivasi oleh Idris Taufiq.
Hati ana banyak tersentuh sepanjang talk tersebut
Alhamdulillah tak rugi ana bangun awal2, keluar rumah sorang2 pagi-pagi buta..naik tram pulak tu.=)

Jadi ana nak kongsi sedikit sebanyak yang ana dapat sepanjang hari bersama Idris Taufiq

Sewaktu beliau melawat Malaysia, beliau membuat temuramah dengan beberapa orang pelajar UIA.
Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang pelajar Palestin. Lantas beliau bertanya mengapa memilih Malaysia?
Pelajar Palestin tersebut menjawab demikian

  1. They use English as their language which is essential as an international language
  2. Here, I can meet  students coming from different part of the world
  3. Compared to other Islamic country, I found out that Malaysia seem to be the most developed country.I hope that one day Palestine will develop the same way as Malaysia did. They have this vision 2020.




Ana cukup terharu mendengar pengakuan yang diceritakan oleh Idris Taufiq.
Negara lain cukup berbangga dengan kita.Tapi kita seringkali memandang rendah negara sendiri.
Ini terjadi kerana anak-anak muda masa kini ramai yang teggelam oleh kesibukan dan keenakan dunia.
Bahkan ana mengaku ana sendiri pun tidak lari daripada ujian sedemikian rupa.

Kesimpulannya, janganlah hampakan harapan negara-negara ISLAM yang lain. Kita perlu terus membangun dan menegakkan Islam di negara sendiri hinggalah lahir negara ISLAM yang sebenar.Pada masa yang sama, kita seharusnya menggunakan fasiliti yang disediakan di negara kita se-optimum mungkin.

Be grateful..

Kita MAMPU dan Malaysia BOLEH! =)
Usaha yang istiqamah dan itkan di dalam menuntut ilmu adalah sangat penting.Islam itu sendiri sudah cukup hebat jika di aplikasikan sepenuhnya dalam hidup kita.

Jika kita mempunyai ubat yang mampu menyembuhkan sahabat2 seperjuangan kita, maka gunakanlah ia. Jangan disimpan sahaja dan digunakan untuk diri sendiri.

Always BE your BEST..even if you fail to be the best,at least you fail in trying.

Do not be satisfied with the stories that come before you.Unfold your own myth
Jalal-al-Din Rumi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...