Pages

Friday, June 25, 2010

Adikku


Bismillahirrahmanirrahim

Ana masih dalam dilemma antara pulang ke tanah air ataupun meluangkan masa di bumi anbia ini.Namun memikirkan ibubapa dan sahabat-sahabat,atuk,nenek yang mengharapkan kepulangan ana, ana tidak sampai hati untuk menghampakan mereka.Walaupun hati sebenarnya lebih berat untuk terus berada di bumi anbia ini.

Keesokan hari nanti,ukhti kecil ana akan memulakan hari pertamanya di alam universiti.Wah!Bestnyee!Kebiasaannya,darah-darah muda ini akan lebih eager atau excited bilamana kaki mula melangkah ke dunia baru.

Namun jauh di sudut hati,ana merasa risau. Manakan tidaknya, beliaulah satu-satunya adik perempuan ana.Perempuan ni banyak yang kena jaganya. Dah nama perempuan, banyak karenahnya, banyak mulutnya, banyaklah fitnahnya. Abah pernah memesan,'Kaknur tak sayang ke satu-satunya adik perempuan kaknur tu? Asyik gaduh je..abah harap kaknur dapat menjaga adik kaknur tu dengan baik..'=) Jadi,kepada ukhti kecilku (kecil umurnya..hehe), kaknur tidak akan puas memberi nasihat sehinggalah anum melangkah ke alam dewasa.Jaga diri elok-elok ye.

Ya, melihatkan apa yang sedang melanda kaum muda zaman sekarang, ana seringkali terbayangkan wajah kaum keluarga ana sendiri.Alhamdulillah, di Mesir, masih terjaga dan terpelihara adab-adab dan akhlak-akhlak remajanya.Namun di Malaysia, yang Islam hanyalah pada nama, amal perbuatan beransurkan bukan Islam.

Ana khuatir ahli keluarga ana semakin lama semakin hanyut didalam arus duniawi.Dan semakin melupakan asal usul ciptaanya.Melupakan tujuan mereka dilahirkan, dan terus menerus terjun kedalam kehidupan mengejar kejayaan duniawi semata-mata dan meninggalkan akhirat.Moga-moga kita semua dijauhkan daripada situasi sedemikian rupa.


Ana akan menduduki peperiksaan tiga minggu dari sekarang.Prioriti ana meletakkan da'wah dan tarbiyyah di tempat tertinggi, namun kepentingan lain tidak seharusnya di abaikan.Mukmin sempurna adalah yang pandai menyusun masanya dan meletakkan sesuatu itu pada haknya.Hak ana sebagai pelajar adalah untuk mencari ilmu dan mempelajarinya sebaik mungkin.Maka, mungkin ana akan meningalkan blog ini buat sementara waktu.(Macamlah ada orang baca!)

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...