Pages

Thursday, June 24, 2010

Tempatmu

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
al Qasas ; 83

Wahai hati yang lalai akan kematian
tidak lama lagi kau kan terbaring dikalangan mayat
ingatlah tempatmu itu sebelum menempatinya
bertaubatlah kepada Allah dari segala kesenangan
ketentuan takdir itu memiliki batasan waktu
ingatlah halangan yang melingkup hari dan waktu
jangan pernah merasa puas dengan dunia dan hiasannya
kerana kematian akan datang wahai yang ada hati

Bertaubatlah sebelum kematian datang kepadamu, dimana orang-orang yang berlebih-lebihan merasa menyesal dan gagal. Kembalilah sebelum pintu ampunan ditutup. Sedarlah sebelum keperluanmu datang mendesak.

Tidakkah engkau malu dalam mempamerkan kenikmatan dunia walhal kesenanganmu itu tdak akan kekal? Engkau tidak mengendahkan pun seandainya bekalan perjalananmu ke akhirat jatuh tercicir.Namun engkau masih berdiri di hadapan pintu sambil merintih'Aku bertaubat'?



Dipetik daripada buku 100 Cara Menjadi Kekasih Allah terbitan Pustaka Ilmu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...