Ketahuilah bahawa selama mana manusia itu tangannya masih bergantung kuat dengan angan-angan untuk hidup di dunia maka selama itu pula kenikmatan dunia akan menjadi inti dari butir-butir angan-angannya.
Dan ditambah pula dengan keinginan jiwa yang tidak lekang dari unsur-unsur kemaksiatan.Disamping itu, syaitan selalu membisikkan janji bahawa nanti pada penghujung usia akan ada kesempatan untuk bertaubat.Namun akhirnya apabila ternyata kematian telah benar-benar berada di depan mata, harapan untuk memperpanjang kesemepatan hidup sudah tidak kesampaian, lantas baru ia menyedari bahawa dirinya selama ini telah dikuasai oleh nafsu dunia.
Di dalam Al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada manusia agar mempersiapakan diri mereka dengan taubat dan amal soleh sebelum kematian datang menjemput.
"Dan kembalilah kamu kepada Rabbmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Rabbmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedangkan kamu tidak menyedarinya, supaya jangan ada orang yang mengatakn, 'Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) terhadap Allah'."
(Az-Zumar : 54-56)
Bilamana kematian datang menjemput ada yang mengeluh, " Dunia telah tunduk kepadalku hingga hari-hariku berlalu begitu sahaja."
"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata,' Ya Rabbku,kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan.'Sekali-kali tidak, sesungguhnya itu adalah perkataan yang di ucapkannya sahaja."
(Al Mukminun : 99-100)
Al-Hassan mengatakan ," Wahai anak Adam, bertakwalah kepada Allah,jangan engkau menanggung dua beban bersama-sama : Sakaratul-maut dan penyesalan."
Kenyataan telah membuktikan bahawa kematian kebanyakan orang-orang yang mengabdikan dirinya untuk kedurahakaan adalah sangat malang.Ketika kematian itu datang, belum sempat mereka membersihkan diri dari lumpur kederhakaan, dan lumpur itulah yang menjadi sumber kehinaan mereka dalam perjalanan kehidupan dunia mereka sekaligus menjadi bahan-bahan yang akan ditukarkan menjadi azab di akhirat.
Sumber 100 Cara Menjadi Kekasih Allah susunan oleh Umar bin Musa Hafiz terbitan Pustaka Ilmu

No comments:
Post a Comment