Bismillahirrahmanirrahim
Suasana kehidupan di Iskandariah ini mungkin tidak seindah rupa seperti tayangan filem 'Ketika Cinta Bertasbih'.Kehidupan kami sebagai pelajar perubatan sarat dengan aktiviti harian.Biarpun jadual pada hari tersebut tidaklah sepadat hari-hari lain, namun belum tentu kami dapat berehat.
Alhamdulillah, setelah seminggu menjalani Elective Course yang diambil iaitu Advanced Pulmonology of Internal Medicine,ana meluangkan masa untuk berehat dengan mengikuti rehlah di Hadiqah Dauliah.
Kami dibawa mengelilingi taman tersebut dengan menaiki kereta api mini yang disediakan.Biarpun tidaklah secantik sehijau dan seindah taman-taman yang terdapat di Tanah Air, namun ana berasa cukup terhibur.
Setelah menjamu sarapan pagi yang dibawa oleh akhawat2, kami diberi pengisian yang cukup bermakana.
Setiap akhwat diberi peluang untuk berkongsi pengalaman masing-masing dan perubahan yang boleh dijadikan tauladan oleh akhwat-akhawat lain.Dan ana cukup tertarik dengan luahan kata oleh seorang akhawat ini.
Kata beliau,hidup kita sebagai Da'ie ini tidak akan lepas dari kesusahan dan keperitan.Bilamana ilmu kita tentang medan dakwah ini bertambah, maka kehidupan kita juga tidak akan sunyi daripada ujian
Ini adalah salah satu deripada didikan Allah untuk melahirkan hamba-hambaNya yang bertaqwa yang tabah dan redha akan kehendakNya.
Setiap kesusahan yang kita alami itulah akan mengajar kita apa erti realiti kehidupan.Setiap kesusahan yang menimpa kita,harus diterima dengan hati yang lapang.Bagi seorang mukmin, kesusahan itu umpama hadiah yang berharga daripada Tuhannya dimana mereka menerimanya dengan rasa bersyukur.Kadang-kala ujian yang diturunkan dalam bentuk kesusahan itu adalah sebagai petanda bahawa Allah masih menyanyangi hambaNya.
Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia
bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu
menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis:
“Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan
bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”
Wallahualam


No comments:
Post a Comment