Pages

Wednesday, June 23, 2010

maaf

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak kebelakangan ini, ana mengaku banyak kesalahan yang telah ana lakukan.Kepada ukhti-ukthi terdekat mahupun kepada uknti yang biasa mendekati ana,seribu kemaafan yang mampu ana ungkapkan.Dan hanya Allah yang mampu membalas jasa budi baik kalian semua.Syukran, kerana sering berada disisi ana.Ana sedar,ana seringkali menghampakan kalian bilamana ukhuwwah yang diharapkan.

Pesan seorang ukhti,kebiasaannya kita akan senang menyakiti orang-orang yang dekat dengan kita.

Erti sebenar ukhuwwah adalah terletak pada sejauh mana ikhlasnya ukhuwwah tersebut.Tidak dicemari oleh pengharapan mahupun niat yang lain.Ukhuwwah yang sejati adalah ukhuwwah lillahi ta'ala yakni mencintai sahabat kerana Allah semata-matadan memaafkan sahabat kerana Allah Taa'la.

Dari situ, hanya kebaikan yang tampak zahirnya dan segala keburukan sahabat tersebut tidak menjejaskan perhubungan yang sedia ada.Bahkan mendalamkan lagi ukhuwwah mereka.Serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada.
Benarkah kita telah mencapai tahap ini.Ataupun,selama ini,ukhuwwah kita hanya tinggal janji-janji palsu?
Kepada ukhti-ukhti yang senantiasa bersama ana,waktu berduka lara mahupun bergurau senda...terima kasih yang tidak terkira..hehehe..emm, macam luahan hatilah pulak.Jazakallahu khairan khatiran ya ukhti.Ana uhibbukunna fillah(betul ke ni).=)
Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...