Pages

Thursday, April 14, 2011

Ketika Tarbiyyah Bertasbih






Seeloknya,berubah dahulu sebelum kahwin, dan biarlah perubahan itu kerana Allah.Bila fokus kepada perubahan kerana Allah, pasti ada yang menjadi penghalangnya.Hati yang bersih adalah penting untuk meleraikan hijab antara kita dan Allah.

Memang susah hidup kita ni apabila hati tidak berada dalam keadaan tenang. Kita yang perlu cari ketenangan tu dengan memilih untuk lebih meletakkan harapan dan pertolongan hanya kepada Allah kerana memang Allah lah yang layak untuk menerima perhatian kita melebihi perhatian kita kepada manusia dan kebendaan yang lebih disukai oleh hawa nafsu kita.

Justeru, fahamilah kehendak hati itu, bukan kasih manusia yang 'ia' cari tapi kasih dari 'pemilik hati' itu. Fahamilah juga, kenapa Allah datangkan ujian sebegitu, Allah sebenarnya sedang mendidik hati kita kepada siapa perlu di luahkan cinta, kepada siapa kita meletakkan harapan. Bahagia itu kurniaan Allah, jadi kenapa kita menuntut bahagia tu daripada manusia yang sama lemah yang tiada daya seperti kita. Mintalah pada Allah, temui dulu cinta itu untuk Allah, cari jalan untuk lebih dekat dengan DIA, walau dengan apa cara sekalipun saudari lakukan semata-mata untuk merasakan dekat dengan Allah, percayalah sebenarnya Allah telah dulu lebih mendekat kepada saudari. Untuk sentiasa rasa lebih dekat ini, saudari hendaklah terlebih dahulu memutuskan apa saja halangan yang menjadi penyebab kepada terhijab hati untuk mendekat. Salah satunya ialah putuskan hubungan dengan seseorang yang bukan muhrim kita. Susah bukan? mula-mula memang susah, oleh itu hendaklah sentiasa memohon pertolongan Allah dan usaha sungguh-sungguh melawan kata hati yang mengajak kepada maksiat hati dan anggota kerana setiap bisikan yang lahir di hati kita selain daripada mengingati Allah adalah bisikan yang dilemparkan oleh syaitan. Cinta itu sebenarnya senjata syaitan untuk menjerat manusia macam kita ni kedalam lembah maksiat dan lebih berani untuk bermaksiat kepada Allah. Takutlah kepada siksa yang akan datang di hadapan dan belakang kita. Jauhi cinta, maka lebih dulu kena menjaga batas pergaulan dengan lelaki. Seruan ini lebih jelas saya kira.

apakah masih ada hijab antara kita dan Allah?
sanggupkah kita berkorban demi mendapat cinta dan kasih dari Allah?

Setelah berusaha membersihkan hati,mendekatkan diri kepada Allah, dan kita sudahpun mempunyai pilihan hati, pinanglah dgn cara yang baik dan syari'e.


tapi perlu ingat, perkahwinan itu bukan dibina atas dasar cinta sebelum akad, tapi cinta akan ketentuan dan keredhaan Allah..





hightlight yellow tu simpulan dari ana,selebihnya dipetik dari laman  Genta Rasa dan Saujanamatahati.

3 comments:

  1. yah..yg awal2 pun memg awk yg tulis eh?sgt menarik!!!

    n nape awk kecikkan tulisan utk perkahwinan tu?sakit mata kite tgk.hehe

    noni

    ReplyDelete
  2. kita tak tulis yang awal,copy dari genta rasa..hehe..hebat beno kalau kita yg tulis.

    nanti kita edit ye.

    ReplyDelete
  3. noni,kita buat artikel rumahtangga ni khas untuk abeba lah.noni jangan salah faham.hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...