Iman itu umpama 'The Eye of Malaysia'.Ada naik turunnya.Bilamana ana berada di bawah, ana mengharapkan sesiapa sahaja yang berada di atas supaya menjerit nama ana' Wahai fulan, bersabarlah dengan ujian yang menimpamu, kerana setiap insan akan diuji imannya.Begitu juga dengan kami.'
Maka ana seharusnya mendidik diri ana semula di saat futur menyapa.Ana harus kuatkan diri dengan kalimah-kalimah Allah..agar bilamana ukhti lain turut futur, ana mampu menguatkan mereka sepertimana mereka menguatkan ana ketika diri ini lemah.
Bukankah Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri. Maka apa yang ditunggu-tunggukan lagi? Medan berjuang ini masih jauh, sehingga bila kita mahu menunggu? Perbaikilah diri selama mana nafas masih berjalan.
Untuk mengelak futur, perlu ada ilmu juga.Bukannya harus menunggu sehingga tiba waktu iman kita naik semula.Kerna segala setiap sesuatu perlukan usaha.Wallahi, ana menyayangi ukhti-ukhti yang sering mengingatkan ana akan azab Allah.Kerana ana ini adalah fakir yang hina, seringkali tersesat terputus bekal, hingga hampir-hampir ana berputus asa di medan juang ini.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment