Pages

Saturday, June 25, 2011

Tazkirah

Sedikit perkongian bersama.

Diri yang serba papa ini tidak memiliki sesuatu pun untuk dihadiahkan kepada ukhti-ukhti.
Namun kerana kasih dan sayang,ana cuba menukilkan beberapa ungkap nasihat bagi memnuhi hak-hak ukhti.

Setiap orang punyai kulit yang berbeza, kulit ana, kulit enti, ada yang normal, berminyak, kering dan sebagainya.
Dan ana tidak mampu mencadangkan produk yang sesuai untuk setiap wanita kerana masing-masing mempunyai faktor-faktor berbeza yang mempengaruhi perubahan kulit mereka.

Begitu juga dengan setiap insan, masing-masing punyai kelemahan yang berbeza dimana cara untuk mengubati setiap kelemahan itu berbeza caranya.Biarpun susah dan sukar, namun setiap insan pasti ingin mengubati kelemahan dirinya agar menjadi yang lebih baik.

Perkataan manusia itu sendiri berasal dari 'nasi' yang bermaksud lupa. Fitrah kejadian kita yang sering terlupa akan kesalahan diri sehingga lalai , mengajar manusia itu supaya SERING & selalu memperbaiki dirinya.Sehebat manapun sesorang itu, dia tidak akan mencapai darjat maksum seperti para nabi. Dan kita tak akan mampu lari daripada melakukan dosa.

Oleh kerana itu Allah telah menciptakan 'taubat' bagi hamba-hambaNya yang ingin kembali memohon ampun. Seluas manapun dosa-dosa yang dilakukan, pintu kemapunan Allah itu lebih luas. Maka pohonlah ampun, kembalilah kepada PenciptaMu dan sesungguhnya Allah rindu untuk mendengar rintihan hamba-hambaNya.

Jika benar, fitrah manusia itu mudah melakukan dosa, mengapa Allah ciptakan kita sedemikian rupa? Sehingga kita harus bertaubat sepanjang masa?

Tidak lain tidak bukan, Allah ingin menguji antara hamba-hambaNya siapakah yang lebih bertaqwa antara kalian.Apakah taqwa? Menurut Saidina Umar, taqwa itu bererti engkau berjalan di tengah-tengah malam, dijalan yang gelap yang diliputi duri-duri gelap.Dalam erti kata lain ialah, taqwa itu bermaksud berhati-hati.
.
Allah tahu bahawa setiap daripada hambaNya tidak akan lari dari melakukan dosa, namun Dia juga telahmencipta pintu taubat.Barangsiapa yang sedar akan kesalahannya dan segera bertaubat maka itu lebih ahsan(baik).Dan pintu rahmat Allah itu sentiasa terbuka luas, biarpun kita seringkali menyakitiNya. Setiap kesalahan yang kita lakukan sedikitpun tidak memberi kesan kepada Allah.

Namun ini tidak bermaksud kita boleh terus-menerus membiarkan diri dikelilingi dosa.Bahkan setelah bertaubat,antara syarat-syaratnya adalah berazam untuk meniggalkan dosa tersebut.Oleh itu,kita perlu berhati-hati dalam setiap aspek kehidupan agar tidak terjerumus ke dalam kancah dosa yang sama.

Ana ulang semula ayat di atas, iaitu, tidaklah Allah menciptakan kita melainkan untuk meihat siapkah diantara hamba-hambaNya yang lebih bertaqwa( berhati-hati).
Maka, pilihalah untuk bermujahadah, agar diri ini selalu berhati-hati akan godaan dunia dan isinya, serta bisikan-bisikan halus syaitan yang menyeru kepada kejahatan.

Untuk mempunyai kulit yang cantik tulus mulus, haruslah berhati-hati akan faktor-faktor yang merosakkannya.
Begitu juga dengan setiap insan, siapa yang terbaik adalah yang paling bertaqwa(berhati-hati).

Setiap insan punyai kelemahan yang ingin diperbaikinya. Maka dia tidak akan tahu kelemahannya melainkan setelah dia bersusah payah mengubah dirinya kearah yang lebih baik. Dengan ini, kita perlulah selalu mengkoreksi diri. Mentarbiyah diri. Sehinggalah separuh dari kaki kalian telahpun melangkah ke syurga. Kerana proses tarbiyah dan muhajadahtun nafs itu tak akan pernah berhenti sehingga kita kembali kepada Allah.

Wallahualam.( artikel ini tidak lengkap dengan nas yang jelas dari AlQuran, afwan ,ana akan upadate.)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...