Pages

Tuesday, August 2, 2011

madrasah ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Sepi tidak bertulis.
Baru-baru ini ana dikejutkan dengan berita adik ana accident.Masya Allah,namun alhamdulillah kerana adik ana selamat.Malah tidak ada sedikit luka pun.Namun yang membuat ana terkilan adalah berita tentnag kehilangan satu nyawa.Innalillah wa inna lillah hi raji'un.Tanggal beberpa hari sebelum ramadhan, malaikat izrail datang menjemput.

Adik ana mengalami sedikit trauma.Tetapi apa yang terjadi telahpun terjadi.Allah telahpun menetapkan ajal maut seseorang di Lauh Mahfuz sejak dia diciptakan. Bila tiba masanya, akan muncul asbab-asbab ditariknya nyawa seseorang itu.Kita tidak boleh lari daripada ketetapan Tuhan.Begitulah nasihat ana kepada adik ana.

Seandainya kita berada di tempat pemuda tersebut, dan nyawa kita ditarik pada waktu tersebut, apakah yang mampu kita lakukan? Mampukah kita mengucapkan kalimah La ilahailallahh? Mampukah kita bertaubat?
atau mungkinkah keperitan sakaratulmaut itu sendiri akan menyebabkan jasad menjadi kaku , lidah kelu menahan pedih.

Jika jiwa dan anggota masih tetap berdegil dan enggan mengingati mati..Malah,  enggan mendekatkan diri kepada sang Khalik, ianya hanyalah merugikan diri sendiri.Umpama mencampakkan bunga ditangan dan mencapai daun kering.

Ketahuilah bahawa waktu (usia) yang di  berikan ini mempunyai batasnya.mempunyai penghujungnya.

Oleh itu, tibanya ramadhan kareem ini, perbanyaklah bersujud memohon ampun.Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk merayakan ramadhan kali ini.Jadilah seperti saudagar yang sentiasa rancak mengumpul modal-modal untuk hari-hari terakhirnya.Jadikanlah ramdhan ini sebaik-baik bulan perniagaan. Mencuri segala kelebihannya dan melipatgandakan amalan yang sedia ada, kerana pulangannya juga berganda-ganda.


 "خاب وخسر من ادرك رمضان ولم يغفرله"
  ‎"celaka dan rugilah bagi orang2 yang bertemu dgn ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan" 
-hadis rasulullah SAW

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...