Pages

Friday, June 11, 2010

Perubahan

Gambar ini tiada kaitan dengan artikel dibawah.
Gambar ukhti yang dicintai.chewah!

Bismillahirrahmanirrahim

Ana akui perubahan bukanlah perkara yang mudah dan senang bagi seseorang, bahkan ia memerlukan penelitian dan mujahadah untuk melaksanakannya.Penelitian yang ana maksudkan di sini ialah ilmu yang merangkumi apa yang ingin diubah dan bagaimana serta apa yang menghalang kita daripada berubah dan cara untuk menepisnya.Sukar.Payah.Seribu alasan di kemukakan bilamana kita di suruh untuk berubah.Namun yang pastinya, seorang mukmin yang ingin dekat kepada Tuhannya harus berusaha juga untuk berubah.
Berubah dengan melaksanakan segala perintahNya dan meniggalkan segala laranganNya.Berubah ke arah yang lebih baik dari hari ke hari dan berhijrah meniggalkan perkara jahiliyyah.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
( سورة العنكبوت , Al-Ankaboot, Chapter #29, Verse #2)

Bagi sesorang yang telah berjaya melalui fasa perubahan ini, janganlah ditinggalkan teman-teman lain yang mesih tercari-cari cahaya penyuluh jalan perjuangan mereka.Bukankah seorang ukhti itu menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri.Oleh itu,semestinya tanggungjawab kita turut sama berusaha untuk membimbing mereka kembali ke jalanNya.Hatta ukhti itu adalah seorang yang jauh lebih hebat daripada kita.Teguran berhimah dan merendahkan ego,serta mengawal kemarahan adalah kualiti yang penting agar diri kita tidak mudah menghukum ukhti tersebut.Siapalah kita untuk menghukum mereka sedangkan dosa sendiri masih setinggi gunung sedalam lautan.Perubahan yang kecil ini tidak akan membawa kita kemana-mana sekiranya tidak disusuri oleh rasa penghambaan dan bersyukur kepadaNya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #214)

2 comments:

  1. antr bnda yg nmpak:

    hidup tak penah lari drp ujian dan dugaan.

    eg:penah time nk tangkap gmbr,kdg2 kite tahu gmbar tu akan dipertontonkn kpd umum@ltak lam fb ke..etc.then mase tu jgakla hasutan dtg..
    'wat la muka cute2,wat muka baik2 etc..'then we do that..rite..?then klu time tgkap gamba,berebut2 nk tangkap,nk duk depan..tp utk ape sbanrnye?bile tanye smla,for wat reason sbnrnye?..and ini hasutan syaitan yg memakan hati scra perlahan2..


    and those things klu kite ikut,..really pathetic..and really tiring..and these things seems small rite?tp api yg membakar rumah dan bangunan juge dahulu hanyalah api kecil dr lilin atau mancis shja..

    byak benda berasal dr benda yg kecik shaja,yg mungkin dianggap remeh kdg2~

    syaitan musuh tradisi dan mereka sgt licik~

    /*ngee*jom tajdid niat..biiznillah..
    smoga Allah beri kite kekuatan utk berpegang dgn ape yg kite smua tlis dan ckap..biiznillah=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...